Nasihat untuk Si Malas

by 08:46 0 comments
Kemalasan untuk berbuat sesuatu ialah pencuri masa manusia yang teragong. Yang menjadi mangsa kemalasan ialah minda kita - yang liar memikirkan benda silam, kini dan masa depan dengan penuh kesusahan, kebimbangan dan ketakutan.

Kemalasan juga adalah pintu kepada kemurungan dan kekecewaan kerana minda sibuk melayan bisikan syaitan. Jangan duduk tanpa melakukan sesuatu berfaedah.

Jika anda tiada kerja berfaedah waktu ini, bangun dan baca Quran, baca apa-apa buku, berzikir, menulis, membersihkan rumah dan buatlah apa sahaja yang boleh menjauhkan diri kita daripada termenung dan kebosanan.

Senyum, dan buatlah kerja. Jangan dok melayan bisikan syaitan dalam khayalan kerana malas.



Malas, siapa sahabat karibmu?

Nanti dulu...

Setelah 5 minit...

Malas, tak ada jawapan lagi?!

Kan dah kata nanti dulu...

Setelah 1 jam...

Oi Malas, soalan mudah ini pun tak leh jawab ke!?

Kan dah kata... nanti dulu.

Nanti dulu nanti dulu nanti dulu... Nak tunggu sampai bila? Memang dasar orang tak rajin.

Oi! Nama sahabatku namanya "Nanti dulu" -- apa bahasa yang kau tak faham?!

anizhdh

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment