Taknak jadi Gedik Yang Solehah

by 17:09 0 comments
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Petang semalam, saya sempat berbual pendek dengan senior saya, tiba-tiba beliau bertanya," macam mana tak nak bagi jadi gedik eh." saya buat muka pelik. kenapa tiba-tiba. pastu dia terus bagi iphone nya, artikel iluvislam. saya baca artikel tu terangguk-angguk. ha betull betull betull. almost every word tu betul.
boleh la baca di sini, Gedik yang Solehah.

menarik nafas kecil. kami lanjutkan perbualan yang mendidik diri ini.
"owww. gedik macam ni. betul kak. trend sekarang kan. bagi saya, yang paling senang kita nak fikir ialah, once kita pakai tudung labuh, kita bukan kena jaga diri kita je, tpi kita dah membawa imej semua gadis-gadis bertudung labuh. jadi kita sendiri kena ada tanggungjawab untuk jaga imej mereka."

"haah la kan. orang pakai tudung labuh bukan saja-saja dok. bukan kita saja yang kena nanti. orang akan tengok as a whole. bila sorang gedik, orang pun akan pandang serong. mesti dia fikir, macam ni je orang tudung labuh? huhu"

"yep. kisahnya tudung labuh ke purdah ke, niat asal diorang ada yang betul-betul mujahadah, nak jaga kehormatan diri. jadi bila ada muslimah gedik, tu secara spontannya akan jatuhkan imej diorang. akan jadi fitnah pulak. sanggup ke kita jadi penyebab fitnah golongan sebegini? contohnya pakai purdah sebab nak cantik, pastu upload gambar gedik. Allahh."


"kan orang macam ni selalu cakap soal hati. imamku makmumku lah. dulu akak pun macam tu."

"takpe kak. let bygone be bygone. yang dulu takleh nak ubah. kita ubah yang sekarang. jangan terlampau sibuk mencari tulang rusuk. hehe"

"padahal tu bukan matlamat kita kan.. matlamat kita nak berubah nak ke mana? sekadar untuk dapat zauj soleh ke? ramai yang tak perasan benda ni. kadang2 benda tu menimbulkan perasaan menyampah orang pada kita."

"saya sendiri pun dalam hati tak suka orang post gitu. tapi maybe itulah cara dia. kita sebagai sahabat kena lah berlapang dada, tegurla bila dia terlebih-lebih." senyum. "saya suka melihat dan review balik kisah Rabiatul Adawiyah sebagai pedoman kita."

"kan biasa orang lelaki kalau mesej ada hantar emoticon cute. terkadang rasa nak balas. susah kita nak jaga hati ni. sebab kita tak expect benda apa2 pun. tapi lepas tu mesti rasa menyesal. kenapa buat macam tu. kenapa gi balas. kan?"

"haah. orang lelaki yang baik pun, diorang sendiri mengaku bila terlebih dalam batas nak menjaga ikhtilat, perempuan kena tegur. fitrah diorang macam tu. fitrah melayan pastu anggap benda tu biasa je. padahal kalau dari segi perempuan, kita membalas dengan perasaan. perasaan berbunga-bunga. situ lah yang jadi masalahnya. jadi kalau dari segi ikhtilat, kita yang banyak kena jaga hati. lelaki tak rasa apa pun, takut kita yang lebih"

"fitrah kita kan. kena banyak mujahadah ni" >.<

.................................................................................................................................................................

penutupnya begitulah. saya dah kena masuk meeting. rancak berbual, sampai taknak bangun dari kerusi. saya minta sahabat2 pun review juga kisah cinta Rabiatul Adawiyah. seorang ahli sufi yang tiada cinta untuk diberi pada manusia kerana terlampau mencintai Rabb nya. Allah. :)

ni bukannya untuk larang sahabat2 post pasal jodoh di fb, twitter, etc etc. TIDAK TIDAK. ini  cuma menjentik hati dan perasaan kita biar apa yang kita tulis di situ bermakna. bukan sekadar dilabel 'gedik' oleh orang lain.

<3 : biarlah soal mati lagi banyak dari soal hati. :)

anizhdh

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment