Hargai apa di depan mata

by 04:44 0 comments
Assalamualaikum wbt.

Value what you have now. value what's in front of your eyes. 



kalau kita belajar menghargai apa yang kita punya sekarang, kita takkan menyesal. kalau kita mengharapkan benda atau orang yang kita tak ada, mesti kita takkan ke mana. mesti kita akan jadi selalu tidak bermotivasi. kalau kita ada di universiti, ada kawan-kawan, hargai mereka. layan mereka dengan baik. kadang-kadang kita rasa kita nak duduk dekat rumah, main ngan family, kita rasa itu lagi baik buat kita. sebab itu lah kadang kita akan jadi tak boleh nak 'cope' dengan suasana yang kita ada sekarang. 

satu saat bila kita hilang apa yang ada di depan mata ni, masa tu dah tak berguna. masa ni milik Allah. Allah dah aturkan kalau kita di tempat ni, kita akan jumpa si A, si B dan si C. lepas tu kita pegi program, kita jumpa pulak si E, si F. apa-apa sahaja, itu aturan Allah. takkan jadi kebetulan kita jumpa orang itu, kita berada dalam bidang tu melainkan semua tu dalam pengetahuan Allah. itulah yang terbaik buat kita. jadi mengapa nak mengeluh dalam keadaan ni?

mengapa kadang-kadang kita rasa, kalau aku ada kawan-kawan baik aku si Minah, si Tijah mesti aku happy. mesti diorang akan tolong aku. tak macam kawan di sini. memang tak salah apa kita rasa kalau itu boleh jadi betul. tapi perlu ke rasa itu membuatkan orang di sekeliling kita tak dapat perhatian dari kita?

mesej nya, hargai yang di depan mata itu lebih utama dari mengharapkan benda yang tiada. 
kalau semua orang mengharapkan yang tak ada, kuranglah komunikasi berkesan antara kita ni. mungkin ramai yang lebih suka berhubung dengan orang jauh guna teknologi henfon, laptops etc.



semua orang ada sikap macam ni. bila dia tak gembira dalam kehidupan dan suasana dia sekarang, dia mula mencari di mana mungkin dia temui gembira tu dengan rasa nak itu nak ini. tapi tak semua benda kita boleh buat seperti apa yang kita nak. di situ lah kita nak kena belajar gunakan, maksimakan kepuasan yang ada. cuba mengubah suasana suram dan muram ini dengan diri sendiri dulu. kalau kita sendiri tak 'initiate' benda ni, siapa lagi? 

if you want something to change, you must change first.
kalau kita nak orang baik pada kita, kita kena baik pada orang.
kalau kita nak orang hormat kita, kita kena hormat orang dulu.
kalau kita tak nak orang marah kita, kita jangan marah orang. 
as simple as that. :)

tiada siapa yang tak sunyi hidupnya dengan ujian, tapi apa yang membezakan kita adalah cara untuk atasi ujian itu. ada orang, dia baiki diri dan cara fikir pada ujian. dia positif. dia bangun dan buat perubahan. dia jadi kuat dengan berlalunya masa. manakala ada orang dia malas nak fikir, dia rasa dia akan jatuh dengan ujian, maka jatuhlah dia. dia tak cuba menjadikan ujian itu sebagai batu loncatan untuk naik kepada satu lagi tingkat kekuatan. tapi dia biarkan ujian dan mehnah hidup tu.. dia muram dan suram. dia tak banyak usaha. dan dia tak banyak doa. :(

anizhdh

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment