Bicara Keluarga Sakinah

by 10:33 0 comments
malam tadi dengan 3 orang housemate tersayang, kami pegi surau. sembahyang jemaah plus ada ceramah yang menampilkan panel hebat. suami isteri yang membina baitul dakwah, iaitu Ustaz Dr Azhar Yaakob dan Ustzh Norhafizah Musa. ustazah yang selalu masuk tv, n kat ikim tuuuu. :). MasyaAllah, sweeet sangat tengok keluarga yang dibina dengan tunjang yang ingin berbakti kepada agama. yang ingin berkhidmat untuk masyarakat. moga melimpah keberkatan dalam keluarga mereka. Dua-dua orang yang berjaya, ada PhD. moga kita pun boleh membina keluarga sakinah macam ustaz dan ustazah ni. :D

dari ustaz :
keluarga sakinah atau baiti jannati atau usrati semuanya membawa maksud yang hampir sama. yang mana bila seorang suami menerima amanah dan tanggungjawab tatkala lafaz ijab kabul, dia mesti memikirkan ke mana hendak dibawa isteri, anak-anak, keluarganya.

ke mana nak bawa seluruh keluargaku? jalan ke syurga atau jalan ke neraka? bila nak didik anak-anak atau orang lain, si pendidik tidak boleh berjiwa kosong. senang cerita, sesiapa yang tidak ada sesuatu padanya, orang itu tidak boleh memberi sesuatu. contoh, kalau kita takde ilmu, macam mana kita nak memberi ilmu pada orang lain? kalau ibu ayah sendiri tidak mementingkan nilai agama dalam diri mereka, macam mana mereka nak menyematkan nilai agama dalam diri anak-anak?

ibu  bapa kena ada AURA sendiri. aura ni macam pengaruh. dulu, ibu ayah boleh berdehem je kalau nak suruh anak-anak gi solat, sekarang kalau nak suruh, lima kali suruh baru nak gi. sebab orang dulu ada AURA. :O

ustaz pesan supaya mementingkan dan mengambil kira bagaimana rezeki kita masuk. rezeki tu halal ke haram? rezeki nilah yang akan memberi suapan dan menjadi darah daging keluarga kita, tahu!
nak tahu kisah seorang yang amat menjaga halal dan haram rezekinya? dan akhirnya mendapat zuriat ulama besar iaitu Abdullah b al-Mubarak. baca kat sini kisah al-Mubarak..
rezeki yang haram ni mudah nak dapat, senang je kat dunia ni.tapi kita kena jaga. mujahadah.

kena pentingkan masa, luangkan masa yang fresh bersama anak-anak. walaupun letih sekalipun, simpan masa yang berbaki untuk anak-anak. contohnya, masa yang dah memang sedikit tu, tak payah la dihabiskan kat kedai mamak. masa yang berkualiti tu adalah masa hak anak-anak lagi berhak dapat.

dari ustazah pulak :

ayah ngan mak dulu ada aura. contohnya berdehem saja, anak-anak dah dapta predict apa mereka nak. haaa, aura tu ada, tapi sekarang, dah takde. makin kurang la aura tu. certain family still have it. :)

ada 4 aura positif untuk dipasakkan dalam diri iaitu :
daripada ibnu Qayim

  1. menuntut ilmu. ustazah bagi contoh kalau nak menyusukan anak, kalau sekadar menyusu, binatang pun buat jugak. tapi kita. kita boleh bacakan doa sambil-sambil tu. itu adalah saat yang sangat mahal untuk kita didik dari kecil lagi. doakan biar anak tu jadi soleh.
    satu lagi, masa dalam rahim, Allah tiupkan roh. Allah dah tetapkan 4 perkara untuk anak tu iaitu rezeki, usia, bahgia dan deritanya. masa tu patutnya, parents kena tahajud dan doa banyak2!
  2. menghayati ilmu dan mengamalkannya. rezeki kita dah banyak tapi kenapa still berkeluh kesah? kerana ilmu yg kita ada tuh kita tak amalkan. zakat ilmu kita pulak adalah solat sunat dhuha. yakni kita ada 360 sendi, dengan solat dhuha, kita ni akan jadi ringan tulang. senang nak buat kerja.
  3. sampaikan ilmu. kita sebarkan ilmu tu. yang paling awla untuk tahu ilmu yang kita dapat ialah family. kita banyakkan kongsi ilmu dalam family. (Surah at-Tahrim :6) menceritakan kita nih kena jaga family dari api neraka. 
  4. kemudian kita sabar atas ketiga-tiga tahap di atas.
bila ada orang tanya, macam mana ustaz ngan ustazah sibuk, tapi dapat bahagikan masa untuk anak-anak?
di situlah peranan suami dan isteri, kena bina keserasian antara mereka. suami dan isteri ni akan jadi satu pasukan yang saling melengkapi, tolong-menolong dan ini sangat penting! biar kita tak rasa keseorangan buat perihal rumah. kena ada moral support dari both sides. kena amanah dan menjaga kebajikan anak-anak serta yakin pada janji Allah. yakni Allah akan tolong orang yang menolong agamaNya. :D :D

anizhdh

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment