kecelaruan

by 02:56 0 comments
celaru memikirkan masalah yang sama berulangkali. masalah yang kadang-kadang tidak tahu di mana titik noktahnya, kerana bermain dengan perasaan manusia ini susah.

apa yang kita perlu buat, perlu bertindak setelah tahu apa manfaat dan apa mudaratnya. apa guna kita belajar  semata ilmu-ilmu yang mendidik jiwa namun bila sampai masanya untuk dipraktikkan, kita jadi hilang arah. tidak wajar. sedangkan itulah pentas kita untuk melatih diri, menguji di tahap mana.

kawan-kawan, mudah untuk kita cakap-cakap tanpa memikirkan keberadaan kita di tempatnya. andai saja mulut tidak dijaga, dibiar lepas sahaja asal hati kita sahaja yang puas, maknanya tiadalah ukhuwwah yang kental. kerana nampak sajalah kita yang tidak berusaha untuk menjaga. 

kita berusaha untuk memberitahu dan bukan memanipulasi. cakap untuk menegakkan kebenaran itu biar pahit tapi harus dilaksanakan. ibarat pendakwah, jangan biar mulutmu penuh dengan kata-kata amar makruf namun disimpan saja nahi mungkar. khuatir tiada yang mahu menerima. 

kefahamman dan ilmu untuk disampaikan pada orang rramai. bukan tugas ustaz ustaz sahaja tahu. kemudian mereka hendak terima atau tidak itu terpulang lah kepada mereka pula. jangan pula memandang rendah. mungkin satu saat nanti, mereka pula yang meninggalkan kita dalam menuju redha Ilahi. hati manusia bukan kita yang pegang. Allah saja. biar mereka yang hadam, biar mereka yang buat keputusan.

kita hanya menyampaikan. andai tak diterima, besabar dan berdoa. asal jangan putus asa. asal jangan putus ukhuwwah. asal bukan membiarkan kebatilan. 

celaru memikirkan masalah-masalah yang datang. mahu memohon pada siapa lagi kalau bukan Allah. manusia tidak ada kuasa. siapa lagi yang boleh menolong kita? kerana kuasa kita terhad. ada limit. ada kekuasaan yang lebih besar.

dah tu? kekuasaan apa yang lagi besarrrr dari kekuasaan yang lain? kuasa yang boleh menolong kita. :) fikir dan zikir.

anizhdh

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment