Kisah MB baru Kelantan

by 06:30 0 comments
Inilah barisan Exco Kelantan yang baru. semoga amanah Allah pada menteri semua dapat dilaksanakan dengan baik :)

MB BARU!
Datuk Ahmad Yaakub mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru dengan Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah sebagai Timbalan Menteri Besar.


Mungkin ramai tidak tahu, ketokohan Datuk Ahmad Yakob sebenarnya diwarisi daripada ayahnya, Tok Guru Haji Yaakob Ishak, pengasas Pondok Berangan.

Haji Yaakob pernah ditahan di bawah ISA bersama Nik Abdullah Arshad kerana lantang memperjuangkan Islam.

Hari ini Ahmad yang lebih mesra dengan panggilan Ustaz Mad menggantikan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan Sultan Muhamad V di Istana Negeri di Kubang Kerian, petang semalam.

Ustaz Mad dilahirkan pada 1 Febuari 1950. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Berangan pada 1957. Di peringkat menengah belajar di Maahad Muhammadi.

Pada 1977 melanjut pelajaran ke Universiti Al Azhar, Mesir. Selepas menamatkan peringkat ijazah dalam bidang Syariah menyambung pula di peringkat Diploma pendidikan di Ain Shams University.

Memulakan kerjaya awal sebagai pendidik di Sekolah Menengah Dato’ Bentara Dalam, Segamat. Pernah mengajar di Sekolah Menengah Dabong, Kuala Krai.

Pada 1986 dipindah pula ke Sekolah Menengah Perempuan di Pasir Mas. Sekolah terakhir iaitu Sekolah Menengah Rantau Panjang sebelum meletak jawatan dan bertanding di Dun Pasir Pekan pada pilihan raya umum 1995.

Perwatakannya sederhana, tiada protokol yang menjadi penghalang biar pun mempunyai kedudukan tinggi dalam kerajaan.

Rumahnya masih lama, rumah kayu. Hasil perkahwinan dengan Datin Siti Zabidah Abdul Hamid, seorang pendidik mereka dikurniakan 12 orang.

Rumahnya tidak jauh berbeza dengan rumah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka.

Sekarang beliau dipilih Tuan Guru Nik Abdul Aziz menggantikan tempatnya.
____________________________________________________________________________________________________________

Ramai yang bertanya saya berkenaan menteri-menteri besar yang baru, khususnya Menteri Besar Kelantan. Sejujurnya saya tidak kenal ramai menteri. Tetapi ada satu kisah berlaku dua tahun lepas menarik perhatian saya.

Saya terserempak dengan YAB Dato Ustaz Ahmad Yacob (ketika itu Timbalan Menteri Besar Kelantan) di Gombak. Saya dimaklumkan kemudiannya malam sebelumnya beliau ada menonton rancangan ulangan Tanyalah Ustaz di TV9. Saya panelnya.

Pagi tersebut apabila terserempak dengan beliau, saya salam tangan beliau, dan menundukkan kepala untuk mencium tangan beliau. Bersungguh-sungguh beliau menarik tangan beliau, tidak membenarkan.

Beliau kata "Allah, ore alim ni, ore alim ni.. Ambo nak ngaji denge ore alim ni.. Ambo nak ngaji.."

Saya insan kerdil dan masih mentah berbanding beliau yang telah lama mendidik ummah. Saya bukan nak mengangkat atau membandingkan sesiapa, tetapi tawadhuk beliau yang tampak jujur dari hati yang tulus, memang menawan hati.

Orang yang tawadhuk, Allah angkat. Moga Allah membantu beliau dengan teman-teman yang soleh dan perancangan yang baik untuk kebaikan agama dan rakyat.

Ust Syed Abdul Kadir Aljoofre
Selebriti TV9

Semoga Kelantan terus ditadbir generasi ulama'. :')
I <3 Kelantan. Tanah airku.

anizhdh

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment