update mesir 6.0

by 19:46 0 comments
semalam wifi rumah hang lagi. seharian tak dapat online, tak dapat update pasal mesir. jadi, hari ni kita sambunggggg.

tengok, kat atas tu dataran rabi'ah. hari ni adalah Jumaat Kemaraan bagi mereka. makin ramai yang akan turun, sampaikan dataran tu dah tak mampu menampung kemasukan orang.

wahai pemimpin-palsuan yang duduk di kerusi PM, tak nampak lagi ke penduduk Mesir nak Dr.Morsi balik untuk pimpin mereka. Aduhh, nak tunggu sampai bila perhimpunan ni? Salute dan tabik kepada saudara-saudara di sana, mereka tinggal kesenangan dunia-yakni rumah, untuk menyatakan pendirian mereka.
Semoga mereka diteguhkan iman dan menerima nilaian pahala yang besar di sisi Allah.
inilah peperangan antara haq dan batil.
banyakkan doa Malaysia.

************
Solat Jumaat pertama dalam bulan Ramadhan di Masjid Al-Aqsa.
Kelihatan satu poster tergantung di salah satu pintu masjid yang bertulis : "Al-Quds Bersama Legitimasi dan Menolak Rampasan Kuasa".


*********************
[PENAMBAHBAIKAN SECARA MENDADAK MENUNJUKKAN TERDAPAT KOMPLOT UNTUK MELEMAHKAN DR MURSI]

Kemunculan semula polis, bekalan minyak kembali, serta berakhirnya bekalan elektirik yang sering terputus secara tiba-tiba menunjukkan bahawa pihak-pihak yang menentang pentadbiran Morsi telah memainkan peranan yang penting dalam merendahkan kualiti hidup rakyat di bawah pemerintahan Dr Mursi.

Penyokong-penyokong Dr Mursi mendakwa bahawa penambahbaikan secara mendadak ini menjadi bukti bahawa mereka yang menentang pentadbiran Dr Mursi telah berkomplot untuk menjatuhkan Dr Mursi. Bukan sahaja pihak polis yang tidak kelihatan, bahkan agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk membekalkan minyak dan elektrik gagal untuk melaksanakan tugas mereka. Ini telah menyebabkan bekalan elektrik sering terputus dan orang ramai terpaksa beratur sehingga berjam-jam untuk mengisi minyak dan menyebabkan ramai daripada rakyatnya marah dan mengamuk.

Di balik tabir pula, ahli-ahli pentadbiran lama yang rapat dengan Mubarak dan jeneral-jeneral utama negara telah membantu secara kewangan serta memberi nasihat serta menganjurkan orang-orang yang ingin menjatuhkan kepimipinan Islam bawah Dr Mursi. Termasuklah jutawan Naguib Sawiris, pembangkang yang lantang bersuara memusuhi ikhwan, Tahani el-Gebali, bekas hakim Mahkamah Agung Perlembagaan yang ada hubungan rapat dengan jeneral-jeneral memerintah dan Shawki al-Sayed, Penasihat Undang-undang kepada Ahmed Shafik, Perdana Menteri terakhir kepada Mubarak yang telah kalah dalam pilihan raya presiden kepada Morsi.

Namun, tanda yang paling ketara terdapatnya komplot menjatuhkan Dr Mursi adalah kemunculan semula polis. Ia menunjukkan bahawa institusi yang dahulu setia kepada Mubarak tidak menjalankan tugas ketika Dr Mursi berkuasa. Sepanjang tempoh setahun Dr Mursi berkuasa, beliau sukar untuk mengawal dan menenangkan polis. Akibatnya, Kadar Jenayah meningkat, kesesakan lalulintas meningkat, taraf hidup dan ekonomi negara merudum - akibat keengganan polis untuk mengerahkan tenaga mereka sepenuhnya.

Sehinggalah kini..

Pegawai-pegawai polis beruniform putih telah kembali ke jalan-jalan seluruh Kaherah. Pasukan Keselamatan pula yang dibenci oleh rakyat sebelum dan selepas revolusi telah campur tangan terhadap pertempuran yang meletus minggu lepas antara penyokong dan penentang Morsi dengan melepaskan gas pemedih mata serta menembak dengan senapang patah penyokong-penyokong Morsi. Perusuh-purusuh anti-Morsi kini memuji dan mengangkat mereka sebagai wira dan penyelamat. 

Sumber : TheNewYorkTimes


******************
Angka terkini korban Tragedi Subuh Berdarah :
Syahid : 104
Cedera : 1247
Ditangkap : 614

tidak tahu apa nasib yang ditangkap. hari tu ada mayat orang yg ditahan masa perhimpunan tu, dan sangat banyak kesan penderaan pada tubuhnya. nampak sangat diorang diseksa :'(
*******************

Cerita ini adalah kisah seorang warga Mesir.
Apabila dia memilih parlimen, mereka membubarkannya.
Apabila dia mengundi untuk perlembagaan, mereka menggantungnya.
Apabila dia memilih Dr Mursi sebagai presiden, mereka menggulingkan beliau dengan kekerasan.
Dan apabila dia membantah secara aman, mereka membunuhnya.

***************
Dr Saeed Abd Azim, Timbalan Presiden Dakwah Salafiyyah memberi komentar tentang senario yang sedang berlaku di Mesir ketika Persidangan Kesatuan Ulama' Muslimien:

"Apa yang berlaku di Mesir tidak tepat untuk kita kata ianya fitnah (huru-hara) antara dua pihak (tajarrud vs tamarrud) yang wajib kita berlepas diri daripadanya. Namun ianya satu pertempuran antara kebenaran dan kebatilan. Dan mestilah kita senantiasa berdiri bersama kebenaran.

Bagaimana mungkin untuk kehendak rakyat itu diukur hanya melalui demonstrasi jalanan? 

Oleh itu wajib ke atas kita untuk bersama-sama pertahankan syar'iyyah dan undang-undang syariat."

*********************




anizhdh

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment