update mesir 7.0

by 08:15 0 comments

Terkini : Para ulama' Azhar membawa kain kafan di atas lengan mereka dan berarak di dalam perarakan membantah rampasan kuasa tentera ke atas legitimasi Mursi.


Mereka berarak ke Medan Rabiatul Adawiyah yang jaraknya lebih 20km.


Ulama' Al Azhar bermuktamar di Masjid Azhar dalam rangka memprotes rampasan kuasa pihak tentera.
**************

Lapangan terbang Kaherah dipenuhi dengan tangis hiba kanak-kanak dan wanita-wanita Syria yang dihalang dari memasuki Mesir. Ini semua arahan Sisi sang pengkhianat!


P/s : Mereka mungkin dihantar pulang ke Syria. Basyar pula mungkin sudah menunggu untuk membunuh mereka sesampainya mereka di Syria nanti.

****************

Anggaran jumlah mereka yang keluar berdemonstrasi semalam sempena 'Jumaat Kemaraan' di beberapa kawasan :


- 3 Juta demonstran di Medan Rabiatul Adawiyah
- 2 Juta demonstran di Dataran Nahdhah hadapan Universiti Kaherah
- 350 Ribu demonstran di Dataran Ramsis
- 150 Ribu di hadapan Istana Ittihadiyyah 
- Jutaan demonstran pro Legitimasi di Iskandariah
- Berpuluh ribu demonstran di Al Minya
- 100 Ribu demonstran di Qena
- 30 Ribu di Aswan 
- Ratusan ribu demonstran di Assiut

Nah, As Sisi! Lihatlah apa kehendak rakyat Mesir yang sebenar!

*****************


Anggota Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Dr.Jamal Abdul Hadi berucap di Masjid Al-Azhar hari ini dalam muktamar ulamak Al-Azhar menolak rampasan kuasa berkata, rakyat Mesir umumnya dan warga Mesir dari kumpulan Islam khasnya hari ini hidup dalam situasi "politik samseng". 


Kumpulan Islam menurut beliau, menyertai demokrasi yang kemudian menyaksikan kehendak mereka dirampas. "Mereka bertindak atas nama demokrasi kononnya tetapi membubarkan Dewan Rakyat, Dewan Senat, membatalkan perlembagaan yang disahkan oleh rakyat dan menyingkirkan Presiden yang dipilih oleh rakyat."

Tegas beliau yang juga Pensyarah Sejarah Islam Universiti Al-Azhar, pendirian ulamak pada bila-bila masa juga ialah berhadapan dengan toghut dan kezaliman. "Dan mereka (ulamak) yang cuba bersembunyi pada waktu ini merupakan pengkhianat."
!!

anizhdh

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment