update mesir 4.0

by 17:58 0 comments

Mesir sangat berubah dalam 3 hari selepas penggulingan Dr Muhammad Mursi

1. Penutupan pintu sempadan Rafah di Palestin.

2. Rakyat Syria tidak dibenarkan masuk tanpa visa, dan pembukaan kembali Kedutaan Syria di Mesir.

3. Penggantungan keahlian dari persatuan Afrika yang pasti akan menjejaskan diplomasi di antara Mesir - Afrika.

4. Penutupan semua saluran media Islam.

5. Darah bercucuran merata-rata tempat di Mesir. (pembunuhan/pertempuran berpunca dari samseng, polis dan tentera)

6. Penghinaan ke atas setiap rakyat Mesir dapat didengari di seluruh Mesir.

7. Penangkapan tidak mengira darjat, sama ada orang-orang tua atau orang yang punya kemuliaan di mata rakyat Mesir.

8. Penangkapan berlaku di mana-mana.

9. Maruah rakyat Mesir dicabuli seperti yang kita lihat selepas berlakunya pembunuhan beramai-ramai.

10. Pembunuhan penunjuk perasaan aman ketika mereka sedang bersolat, bahkan kanak-kanak kecil juga dibunuh.


Statistik Hak Asasi dan Kebebasan selepas Rampasan Kuasa Tentera di Mesir.
1. 157 orang syahid
2. 1850 orang cedera
3. 690 orang ditahan
4. 7 stesyen TV ditutup
5. lebih 1000 masih ditahan semasa peristiwa subuh berdarah

**********************
TIGA SITUASI YANG MENGEGRUNKAN ASKAR DI RABA'AH MALAM INI

Saya kira pada malam pertama bulan Ramadhan, telah terdapat tanda-tanda kemenangan di pihak yang benar. Perhatikan situasi berikut:

1) Apabila Syeikh 'Umum Qurra' Mesir, Dr.Ahmed Isa Ma'sarawy telah sudi turun ke dataran Raba'ah dan seterusnya mengimami solat terawih bersama-sama rakyat. Beliau turun bagi menyatakan sokongan kepada Presiden yang sah Dr.Mursi dan menolak rampasan kuasa. Bukan itu sahaja,Dr.Isa yang terkenal dengan kepakaran dalam bidang Al-Quran itu turut mengumumkan akan menjadi imam terawih di dataran Raba'ah sepanjang Ramadhan.

2) "Jabhah Ulamak Al-Azhar", sebuah badan terkemuka yang mengumpulkan ulamak Al-Azhar telah mengambil awal Ramadhan sebagai masanya untuk menyatakan sokongan kepada Dr.Mursi. Presiden Jabhah, Dr.Yahya Ismail Hablush (gambar) yang berucap di pentas utama Raba'ah menyatakan bahawa tindakan askar melakukan rampasan kuasa merupakan satu jenayah dan haram di sisi undnag-undang. Jabhah juga turut mengkritik pendirian Syeikh Al-Azhar Dr.Ahmed Toyyib. Jabhah Ulamak ini telah wujud di awal tahun 60-an lagi sebelum diharamkan oleh rejim Jamal Abdul Nasser. Sebelum itu, pelantikan Syeikh Al-Azhar adalah dibincangkan dalam Jabhah ini, bukan dilantik oleh Presiden Mesir.

3) Kemunculan 6 orang bekas menteri kabinet Mursi memberikan kekuatan baru kepada rakyat. Mereka menaiki pentas dan memberikan ucapan menolak rampasan kuasa dibuat oleh tentera. Kesemua mereka telah meletakkan jawatan beramai-ramai beberapa hari selepas rampasan kuasa sebagai tanda protes kepada tentera. Mereka ialah Dr.Usamah Yasin (bekas Menteri Belia), Dr.Bassem Audah (bekas Mentei Perdagangan Dalam Negeri), Dr. Hatim Abdul Latif (bekas Menteri Pengangkutan), Khaled Azhari (bekas Menteri Buruh dan Sumber Manusia), Dr.Yahya Hamed (bekas Menteri Pelaburan) Dr.Mustafa Mus'ad (bekas Menteri Pengajian Tinggi). Kesemua mereka adalah menteri kabinet dalam kerajaan Dr.Hisham Qandil sebagai Perdana Menteri dan mewakili Ikhwan Muslimin/FJP.

Saya yakin ketiga-tiga situasi ini akan menambahkan lagi tekanan kepada askar dan kerajaan "perampas" hari ini. Kemenangan mereka semakin hampir insya-Allah..





anizhdh

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment