Malaysiawithyou, Morsi

by 21:45 0 comments
Susuk tubuh itu memegang amanah yang begitu berat sekali :'(
"Saya rela darah saya ditumpahkan demi untuk menjaga negara ini dan perlembagaannya. Allah akan menjadi penjaga dan pengawas setiap yang saya lakukan. Dan saya telah membuka dan sentiasa membuka dan mengajak untuk mengadakan dialog dan perbincangan. "

Dr.Mursi! ..Allah pasti tidak akan membiarkan anda sendirian..Dia Maha Adil dan Mengetahui. Allah Mengetahui sewaktu anda dicalonkan sebagai Presiden, ia bukan kehendak dan keinginan anda tetapi anda menerima keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ikhwan atas dasar kepatuhan kepada keputusan mesyuarat. Walaupun anda mengetahui kelemahan diri tetapi ketepikan kesemuanya untuk menyelamatkan negara dan revolusi. 

Kumpulan ini pasti tidak akan disia-siakan oleh Allah kerana itu adalah janjiNya. Ratusan ribu wajah-wajah ini bukan menyokong Mursi tetapi menyokong kebenaran dan keadilan. 

Mereka memulakan pagi hari "Peperangan 30 Jun" dengan qiamullail dan munajat kepada Allah. Penyerahan sepenuhnya kepada Allah. Segala-galanya apa yang bakal berlaku hari ini semuanya diserah kepada Allah. 

**************************
boleh klik link for further info

Setelah setahun bersabar dengan karenah musuh negara dan revolusi, Presiden Mursi 'melepaskan tembakan' yang 'mengenai tepat pada setiap sasaran' dalam ucapannya yang disiar live melalui tv dan radio Mesir. 

Sejak setahun lalu saya mengikuti siri ucapan Mursi, tidak selantang dan tegas seperti semalam. Bukan sekadar menyebut nama mereka tetapi beliau mendedahkan satu persatu jenayah yang dibuat.

Berikut antara intipati ucapan beliau yang mengambil masa hampir tiga jam:

-Mursi seorang yang berjiwa besar dan merendah diri apabila mengungkapkan dua kali kemaafan kepada rakyat. Mursi meminta maaf kepada rakyatnya dengan krisis-krisis petrol dan gas yang menyusahkan kehidupan mereka manakala kedua beliau meminta maaf kepada para pemuda yang masih menganggur dan berjanji kerajaan akan terus berusaha menyediakan peluang pekerjaan.

-Beliau membidas sikap pembesar dan orang kanan rejim Mubarak dan hari ini mulai bercakap atas nama revolusi sedangkan sebelum ini mereka bersama menyokong rejim Mubarak. Dengan menyebut nama Sofwat Syarif, Zakaria Azmi, Fathi Surur dan Makram Mohammed Ahmed lalu beliau bertanya, "Adakah mereka ini bersama revolusi?"

-Menyebut nama pemilik syarikat tv seperti Mohammed Al-Amin (pemilik tv CBC) dan Ahmed Bahget (pemilik tv Dream) yang mengelak dari membayar cukai kerajaan berjumlah LE 3 billion.

-Mendedahkan perilaku Ahmed Syafiq yang kini menetap di Dubai. Mursi turut membongkar skandal yang terpalit oleh Syafiq dan meminta dia kembali semula ke Mesir untuk dihadapkan ke mahkamah. Mursi turut mendakwa Syafiq merancang menggulingkan pemerintah Mesir.

-Mengenai badan kehakiman, beliau menyebut terdapat 22 orang hakim yang mesti dihadapkan ke muka pengadilan kerana bersubahat menipu dalam pilihanraya zaman Mubarak serta mengulangi penghormatan beliau kepada badan tersebut.

-Pembangunan negara akan diteruskan dalam tiga tahun akan datang. Cuma beliau melahirkan rasa kesal kerana agenda pembangunan tersebut sering terganggu dengan kekecauan yang berlaku. Demonstrasi adalah dijamin dalam perlembagaan tetapi ia sering kali bertukar ganas.'Kejayaan' pembangkang ialah mengadakan lebih 24 kali himpunan "milyonah" sejak Ogos 2012 dan ini telah memberikan kesan yang besar kepada sektor pelancongan yang menyebabkan kemerosotan jumlah pelancong dan kebimbangan kepada para pelabur. Ditambah gambaran buruk yang dilapor oleh media-media persendirian yang dimiliki oleh orang Mubarak kepada dunia dengan laporan tidak tepat berkenaan Mesir.

-Kepada pembangkang, beliau mengulangi seruan untuk duduk semeja bagi berdialog dan berbincang. Beliau hairan kenapa pembangkang menolak semua tawaran dialog yang beliau kemukakan dan tidak menyertai walaupun sekali sebarang dialog bersama kerajaan beliau bahkan lebih memilih jalanraya. Beliau juga meminta jika pembangkang melihat kerajaan hari ini gagal maka sila raih sokongan dari rakyat untuk membentuk blok majoriti dalam Parlimen yang akan datang, maka mereka berhak membentuk kabinet bahkan berhak meminda perlembagaan negara yang dilabel sebagai "perlembagaan Ikhwan" itu.

-Kepada talibarut (fulul) Mubarak, Mursi mengingatkan mereka hanya ada dua pilihan, sama ada menjalani kehidupan baru dan semoga Allah mengampuni mereka atau berhadapan dengan penjara dengan kesalahan mereka lakukan. "Pilihlah tempat kamu wahai ahli-ahli fasad dari pemerintahan rejim".

-Semua tahanan politik di zaman Mubarak telah beliau bebaskan dan tiada lagi walaupun seorang dalam penjara Mesir yang dinamakan "tahanan politik"

***************************

puak sekular di mana berada pun akan jadi kejam. menyerang tak tentu pasal. membunuh tak kira orang. merosakkan tak kira apa. semoga cepat2 taubat. diorang ni dah serang HQ ikhwan, bunuh orang, buat kekacauan. sungguh marilah kita doakan mesir!


" mintak maaf kawan..hari ini bukan waktu gurau...Islam nak dijatuhkan..nyawa muslimin berguguran ibarat tiada nilai..saudara kita di Mesir yang cintakan keamanan menangis mengadap tuhan...adakah kita sanggup bergelak ketawa hanya kerana kita bukan rakyat Mesir "
banyak copypaste, mahu merakamkan memori mesir 30 jun.

anizhdh

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment