Jika di Palestin, Zionis telah memberikan hak warganegara kepada rakyat Zionis untuk menduduki bumi umat Islam di Palestin secara haram.
Kini di Syria, Basyar telah mengeluarkan ratusan ribu hak kewarganegaraan kepada puak Syiah dari Iran, Iraq dan Lubnan.
Dan umat Islam masih terus mendiamkan diri.
****************
Islammemo melaporkan bahawa pemimpin Hizbu Syaitan, Hasan Nasrullah telah menyebut di dalam satu ucapannya akan menghancurkan wilayah Homs sehancurnya.
"Dunia sedang tertumpu kepada Mesir, ini peluang kami untuk menghabiskan pertempuran di Homs dan menghapuskan para pejuang" Kata Hasan dalam satu ucapannya.
****************
Ramadhan di Syria.
Jika tidak ada benda untuk dibeli, tidak ada benda untuk dimasak, bagaimana mereka mahu berbuka puasa?
*******************
"Saya telah bertemu dengan doktor yang merawat salah seorang daripada tahanan yang baru-baru ini dibebaskan daripada tahanan di Pusat Keselamatan Tentera di Aleppo.
Doktor itu berkata: ''Saya tidak pernah melihat pesakit seperti yang dirawat semalam, penyiksaan yang dilakukan sangat dahsyat. Dengan janggut yang panjang dan jangkitan kudis yang tidak sembuh walaupun selepas 3 hari rawatan. Beliau hanya seberat kira-kira 40 KG''.
Tahanan tersebut turut memakluman mengenai 12 tahanan yang meninggal dunia di penjara itu pada minggu lalu akibat tindakan pusat keselamatan tentera memutuskan bekalan makanan. (mereka mencari & memilih beras yang jatuh di atas lantai untuk dimakan) ''Saya amat bertuah untuk terus hidup dan keluar dari penjara" tambah tahanan itu lagi.
****************
Sheikh Kurayyim Rajih menyatakan,
"Jangan kamu risau tentang agama Islam di Syria, agama Islam semakin kukuh dalam jiwa-jiwa pemuda Syria."
"Jagalah saudara-saudara kamu di Syria dan juga di Malaysia dengan sebaiknya. Sesiapa sahaja yang mengucapkan kalimah Laa Ilaha Illallah, mereka itu saudara kamu."
Demi Syria, untuk Ummah!
********************
0 comments:
Post a Comment