update mesir 3.0

by 22:32 0 comments
Jiwa tidak tenteram. Rasa tak tenang. Setiap kali bukak facebook :'(

sebegitu murah darah orang Islam di Mesir. menyasarkan saudara-saudara mereka sendiri. polis dan tentera yang diberi kuasa untuk menjaga keamanan negara, tapi mereka lah yang menghancurkan kedamaian bumi anbia sendiri.

Syria, apatah lagi. Saban hari tak gersang dari sniper dan tembakan. Dari Homs sudah ramai yang menemui syahid. Bom bertalu-talu. 

Gaza yang terkurung kembali. terputus dari dunia luar. hmm :(

*************

Terbaru di Mesir (di Republican Guard) tentera melepaskan tembakan terhadap penyokong Dr Mursi. 100 cedera parah. 10 Syahid termasuk 2 kanak-kanak. Hospital sesak dgn penyokong yang cedera. Ikhwan tak berganjak akan teruskan protest secara aman dan elakkan keganasan.


Tentera mengejar penunjuk perasaan dengan kereta perisai.
*************
Pasukan polis telah melancarkan serangan dengan tembakan peluru, pistol dan gas pemedih mata di segenap penjuru ke atas penunjuk perasaan aman di hadapan Bangunan Pengawal Republik ketika mereka sedang mengerjakan solat Subuh.


Di samping itu Pengawal Republik juga melepaskan tembakan peluru hidup ke atas penunjuk perasaan bagi meleraikan barisan mereka menggunakan kekerasan.


Manakala para penunjuk perasaan pula menghadapi peluru-peluru tersebut dengan laungan "La ilaha illallah Muhammad rasulullah ", "Mereka ada senjata api bersama mereka! Kita kita ada Allah bersama kita" , "Allahu akbar" di tengah-tengak kekecohan dan rebahnya para syuhada'.

**************
[“Bertahanlah wahai ayahku, sesungguhnya kami nazarkan dikau kepada tanah air ini, cukup lah Allah bagi kami"]


Usamah, anak kepada Presiden Dr. Muhammad Mursi berucap di hadapan jutaan penyokong di Dataran Rab’ah, menyatakan bantahan beliau terhadap rampasan kuasa: “Elakkan pertempuran atas nama Revolusi”, menujukan ucapan kepada ayah beliau Dr Muhammad Mursi dengan berkata: 


"Sesungguhnya aku tujukan seruan kepada ayahku , bertahanlah wahai ayahku, teruskanlah langkahmu dan jangan sesekali tunduk dengan mereka yang zalim, dan kami sekeluarga nazarkan dikau kepada kepada tanah air ini,cukup lah Allah bagi kami, dan janganlah terbeban Wahai Ayah terhadap dasar Revolusi kami”

Beliau juga dalam ucapannya di atas pentas Dataran Rab’ah menyeru Pakatan Nasional untuk mempertahankan syar’iyyah, “Aku katakan kepadamu Wahai ayahku, jika kamu dapat mendegarku sekarang, atau Allah pasti akan menyampaikannya kepadamu"

"Seluruh keluarga Mursi berada di dataran, dan aku datang hari ini ke Dataran Rab’ah, bukan untuk berucap atas nama individu atau parti, tapi aku aku berucap atas nama kebenaran, aku mengatakan kepadamu wahai ayah atas nama keluarga Presiden : Pergilah kamu wahai ayahku untuk berperang kerana Tuhanmu maka kami akan berperang bersamamu”.

Beliau menyambung lagi,"Aku berwasiat kepada ayahku dan berkata jika kamu melihat darahku mengalir, ketahuilah bahawa aku di atas jalan kebenaran, dan jika kamu melihatku serasi bersama mereka yang batil, maka ketahuilah bahawa aku bersama kebatilan".

Beliau juga memberi ucapan kepada rakyat Mesir, "Aku mengatakan kepada kamu Wahai rakyat Mesir yang mulia, revolusi ini atas nama Mesir, maka bangkitlah dan sempurnakanlah revolusi ini, maka dengan kehendak Allah dan takdirNya jua.."

" Kita berada di pihak yang benar bermula hari ini sehinggalah Allah berkehendak melaksanakan suatu urusan yang harus dilaksanakan". (nota: iaitu kemenangan kaum muslimin dan kehancuran kaum musyrikin)

Beliau kemudian meneruskan ucapannya kepada Dr. Muhammad Mursi presiden Mesir,"Aku titipkan kepadamu salam wahai ayah, dan aku berikan penghormatan yang mulia kepada seluruh rakyat Mesir, tetaplah atas jalan kamu, dan dengan nama Allah janganlah takut kepada celaan orang yang suka mencela, dan semoga Allah membantu kita memelihara revolusi ini dengan darah-darah kita".
*****************
Dunia menjadi saksi sejarah Mesir hari ini !!



Peta ini (bertanda merah) menunjukkan tempat-tempat yang dipenuhi oleh penyokong Presiden Dr Muhammad Mursi yang menolak rampasan kuasa tentera di Madinah Nasr, Ahad 2013/7/7

Ucapan dari atas pentas di Dataran Rab'ah sebentar tadi : "InsyaAllah kita akan solat terawih bersama Dr. Mursi pada malam 1 Ramadhan, dengan izin Allah"

Di kawasan yang lain juga rakyat Mesir sedang memenuhi dataran-dataran yang terdapat di seluruh Mesir, sedangkan pihak anti-Morsi hanya berkumpul di Dataran Tahrir

Selain itu, Pro-Mursi diingatkan agar tidak mendekati kawasan berhampiran anti-Mursi berhimpun bagi mengelakkan sebarang pertembungan dan perselisihan faham yang cuba dilakukan.

*****************
Kebiadapan polis bagi meleraikan himpunan dan perkampungan rakyat di hadapan Bangunan Pengawal Republik Subuh tadi secara kekasaran.

Ribuan umat Islam ditembak ketika sedang menunaikan solat fardhu Subuh. Menurut saksi, polis melepaskan gas pemedih mata ketika rakaat kedua solat sebelum qunut dibacakan. 

Sejurus kemudian, mereka ditembak bertalu-talu dengan peluru hidup.

Pentas utama himpunan di dataran Raba'ah menjadi lokasi mengumpulkan mayat. Menurut laporan Ikhwanonline, sehingga kini 40 orang terbunuh dalam pembunuhan beramai-ramai ini dan lebih 200 yang lain cedera.


anizhdh

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment