PERGI | A tribute for TGNA

by 20:04 0 comments

Sayu terpisah

Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah

Berhembus angin rindu
Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu

Hujan lebat mencurah kini

Bagaikan tiada henti

Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari

Kau pergi

Pergi

Sepi tanpa kata
Terdiam dan kaku tak daya kau ku lupa
Apa pun kata mereka
Biarkan kenangan berbunga di ranting usia

Hujan lebat mencurah kini

Bagaikan tiada henti

Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari

Kau pergi

Pergi

Hujan lebat mencurah kini

Bagaikan tiada henti

Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari

Kau pergi

Pergi

Kau pergi
Pergi
Pergi


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

pergi mana?T___T

lagu ditujukan khas untuk mengenang TGNA melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan selama 23 tahun. Siapa tak sedih? Banyak sekali post post di fb berkenaan perkara ni. semalam hari yang sama DS Najib angkat sumpah sebagai PM lagi. dan hari yang sama MB Kelantan bertukar. sempat tengok live DS Najib angkat sumpah di kaca tv, hanya satu liputan tentangnya di fb.

berlainan dengan hal MB Kelantan. liputannya meluas di fb, semua orang nak post pasal kesedihan, kebanggan, ketidakrelaan membiarkan TGNA bersara. walhal mereka ada yang bukan rakyat Kelantan. begitu sekali kasih sayang kepada TGNA. saya pelik, kalau kita cakap sayang pada ulama', mesti orang kata kita taksub. Salah ke sayang ulama'? Ulama' pewaris nabi. Al-ulama'u warisatul anbiya'.

ibarat macam kita sayang ibu bapa kita. pastu takkan nak kata, oihhh jangan taksub sangat la! pelik kan?



memang hujan tak berhenti dalam sehari semalam. ibarat hujan pun memahami. barangkali turut bersedih dengan berita ini. barangkali turut merasai kesayuan hati-hati ramai. 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Bersaranya Tok Guru Nik Aziz amat menyentap hati-hati manusia yang mempunyai iman. Hujan sejak pagi renyai umpama menangis. Terima kasih Tok Guru Nik Abdul Aziz. Perjuangan mu menjadi benchmark bidang Ilmu dan ketamadunan Islam.



1. Fakta, TGNA adalah insan pertama sebagai pemimpin yang mengadakan urustadbir kewangan Islamik.

2. Fakta, pemimpin pertama bebas segala aktiviti salah laku dan urustadbir paling walaupun dana disekat.

3. Fakta, pemimpin yang pertama tidak duduk di rumah Menteri Besar sebaliknya tinggal di rumah sendiri yang tiangnya bersambung dengan Masjid Nikmatilah Pulau Melaka.

4. Sanggup tidak ambil elauan gaji utk bayar hutang rakyat Kelantan yang dibuat oleh pemimpin parti Timbang Kilo.

5. Dialah Ulamak, pemimpin, murrabi, guru, pentadbir, pemikir mantik paling halus dalam dunia, sahabat dan pendoa di tengah malam di kala bumi Malaysia panas dengan maksiat dan rejaman fitnah media. Halalkan ilmu yang pernah saya dengar, terima samada sengaja atau tidak sengaja.

4. Sifat daya juang anak Kelantan terdidik dengan ilmu dan tawaduknya.

5. Sepanjang memimpin Kelantan kami tidak pernah kebulur tapi ilmu dan semangat beliau menyebabkan anak cukup unik dan pandai berniaga.

6. Sistem pentadbiran kerajaan Kelantan patut dicontohi.

7. Sistem wang sunnah pertama di dunia dengan Kelantan Trade Gold dengan wujudnya dinar dan dirham.

8. Wibawa yang sentiasa mendapat rating tinggi dalam urus kewangan. Boleh rujuk Audit Negara(tidak pernah disiarkan).

9. Satu-satunyq pemimpin paling banyak keluarkan buku dan mutiara kata antara yang terbaik dalam dunia. Seni mantik, timbang tara lengkap semua ijtihad kesufian Islam dengan kiasan penuh moral yang bertauhid Allah Taala.

Kami merindui perjuangan Ulamak ini yang disayangi dan disegani semua pihak. Bintang ini tiada tolok gantinya. Semoga Allah swt merahmati beliau dan sentiasa dalam rahmat kasih sayangNya. Dialah Tok Guru kami.

23 tahun ialah tempoh Rasulullah SAW berdakwah...10 tahun di Mekah, 13 tahun di Madinah..akhirnya Baginda diwafatkan oleh Allah SWT meninggalkan asas yang cuku teguh utk diwarisi oleh generasi sahabat....

23 tahun bukan satu tempoh yang sekejap, tetapi tidaklah terlalu lama, cukup untuk membina asas, maka tugas pelapis berikutnya untuk meneruskan perjuangan.. Semoga Allah merahmati setiap pejuang-pejuang yang telah mengerah keringat dan tenaga ke arah memastikan Islam syumul di bumi Malaysia.....


ni pun ada lagi luahan dari seorang yang merantau ke Kelantan.

Mohamad Hafizudin

Perkongsian utk admin.


Sepanjang 4 tahun aku tinggal di Kelantan. Aku melihat banyak falsafah pemerintahan yang dibawa oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang patut diambil manfaat daripada terus mengaguminya dari segi sosok peribadi. Antaranya, dalam memastikan integriti terpelihara dlm pemerintahan, seringkali beliau mengingatkan bahawa setiap perlakuan kita, termasuk dalam mengatur urusan rakyat, semuanya akan dihitung secara terperinci walaupun sebesar zarah oleh Allah SWT di akhirat kelak. Barangkali inilah falsafah yang membuatkan Kerajaan Negeri Kelantan sehingga kini masih bersih dari korupsi berbanding kerajaan-kerajaan negeri lain.

Selain itu falsafah 'Pertanian Satu Ibadah' yang diperkenalkan sejak beberapa tahun yang lalu adalah antara konsep yang sgt relevan. Jika diperkembangkan dan dilaksanakan dengan lebih teratur, ia mampu mengatasi krisis makanan dunia, masalah alam sekitar dan masalah tanah terbiar khususnya di negeri Kelantan. Di barat, mereka kini sudah melakukan transisi daripada revolusi pertanian & revolusi industri kepada revolusi kelestarian (sustainability) alam sekitar selepas abad ke 21 kerana mereka sedar revolusi yg mengangkat martabat mereka dari keluar 'Dark Ages' ke zaman kegemilangan, kini akhirnya memberi kemudaratan, dgn pencemaran & pemanasan global. Aku sedari, bahawa konsep yang dibawa Tok Guru juga sama, tetapi ia lebih kuat dgn memasukkan elemen ikatan perhubungan manusia dengan Tuhan dan makhluknya dalam membentuk pertanian yg lestari di mana di dalam Al-Quran disebutkan tanggungjawab manusia sebagai khalifah yg memakmurkan muka bumi ini. Malangnya konsep ini masih dijuarai oleh barat dgn nama 'green-concept'/'eco-friendly' padahal falsafah tersebut sudah lama ada dalam Islam. Lebih teruk lagi, negara2 orang Islamlah yang paling banyak buat pencemaran alam sekitar & mengamalkan pertanian konvensional yg tidak sihat.

Yang ketiga, beliau juga menekankan bahawa semangat perjuangan kebangsaan & perkauman itu adalah sia-sia dan Melayu langsung tiada apa2 nilai di sisi Allah di hari akhirat kelak. Setiap kali ceramah, beliau seringkali mengingatkan tentang konsep universal Islam yg adil untuk semua & konsep taqwa merentasi kaum sebagai mana dalam ayat Al-Hujurat:13. Sebab itu kalau kamu tengok di Kelantan, tiada masalah perkauman seperti negeri-negeri lain.

Selain itu, ada beberapa usaha kerajaan Negeri yang harus dipertahankan seperti agenda pengisian spiritual & intelektual yang rancak serta bercambahnya budaya perbincangan terbuka, keterbukaan kerajaan yang mendengar pandangan anak muda serta mengiktiraf idealisme anak muda dan tidak ketinggalan imej Tok Guru yang sentiasa 'humble' & mudah didekati, tidak birokratik. Ini semua adalah kurang negeri lain.

Kalau kamu kata Kelantan miskin/ tak pandai buat pembangunan, aku jawab ia bukan kerana Tok Guru menyeleweng wang rakyat, tetapi kerana peruntukan kerajaan negeri yang terhad, serta beliau lebih memprioritikan kepada kebajikan rakyat berbanding membangunkan 'hutan batu-bata'. Selain itu, faham-faham sendirilah, siapa yang tidak menjiwai semangat federalisme & tidak memberikan hak royalti petroleum kepada kerajaan negeri yg sekian lama didiskriminasi. Buat pembenci Tok Guru, adalah tidak adil untuk kalian menilainya hanya dgn mengenali beliau melalui media musuh politiknya. Pergilah berjumpa dengan beliau daripada terus menabur fitnah yang bukan-bukan.

Sehingga ke hari ini, perlaksanaan falsafah & idealisme Tok Guru ini masih kurang dicerna & diterjemahkan dlm bentuk realiti. Dalam pada kita kagum dgn peribadi Tok Guru, kita patut melaksanakan falsafah pemerintahan beliau sebagaimana Iskandar Zulkarnain (Alexander the Great), seorang Raja Greek yang adil, anak murid terbaik Aristotle dan sosok yang berjaya sebagai pelaksana kepada falsafah pemerintahan Aristotle yang agung. Pendapat peribadi aku, kekalkanlah kerajaan Kelantan, dan baiki kelemahan yg ada, kerana ruh Serambi Mekah harus dipertahankan. Kalau nk tengok pembangunan di Kelantan, tukar juga kerajaan pusat, nescaya melimpah pembangunan akan masuk. Mana-mana kerajaan pun akan buat pembangunan juga kalau wang cukup. Kerajaan Firaun pun buat pembangunan juga. Yang bezanya kita mahu pemerintahan yg membangunkan spiritual, intelektual & material dgn seimbang.





walaupun duk kelate, tak pernah gi masjid pulau melaka. takpernah tengok tokguru live. tengok dari kejauhan je pernah. 2kali. uhuhuuuu. *sigh. teringinnnnnn~


anizhdh

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment