Cermin Mata Kehidupan

by 04:28 0 comments
Semalam sempat tengok Prof Muhaya, Celik Hati tv9. Sangat lembut Prof Muhaya cakapnya, analoginya, senang sekali hati nak terima. 

Tak kisahlah apa jua dakwah yang kita mampu buat, dari sekecil-kecil perkara sehingga ke besar, apa jua. apa yang mampu, kita buat. dan untuk ajak orang, jangan selektif. jangan target orang macam ni tak nak la dakwah, dia ni mesti takleh diajak ke arah kebaikan. mesti hati dia keras. kita buat takat mampu sebab hati orang moga-moga terbuka la. bukan kita tahu pun hati siapa akan terbuka, dan terima hidayah Allah. dan kita doakan agar kita terussssss terima taufiq dan hidayah Allah jugak.

Nak melihat dari cermin mata kehidupan yang baik, kena tengok semua orang baik. tengok lah kesalahan orang kecil, dan tengok kesalahan kita besar. Jangan jadi dah macam gajah tengok semut. Macam salah dia besar, tapi dia nampak salah orang lebih. Kalau kita muhasabah tiap-tiap tindakan, perbuatan kita kan bagus. Kan terjaga semuanya :')

I will surely not say all I think, but I will surely think what I said. 

Suka dengan kata-kata yang memberi kita peringatan saban waktu. Lidah, fikiran semua kena jaga. Jangan buruk sangka kat orang, jangan pandang rendah. jangan. itu hati. itu hati kena jaga.

Prasangka buruk ni bahaya, cerita sikit. pastu sangkaan kita melampau. kita tak tanya cerita dua belah pihak. kita selfish. kita macam-macam. banyak benda nak cakap tapi tak terluah. teguran buat diri sendiri pun banyak. yang menulis ni pun banyak khilafnya. aduhhh, :(

Kalau semua orang baca Quran, baca sirah Nabi, ikut. usaha ikut, mesti aman sejahtera lah pendek kata! tapi tak ramai nak buat macam tu sekarang. ramai yang lagha sekarang. ramai yang tak cakna isu semasa sekarang. ramai yang tak amik ibrah dari sejarah dulu. ramai yang tak tahu & jahil. 

sedangkan petunjuk di depan mata. sedangkan kita ada Allah. dan Al-Quran & sunnah.

Bila kita sebut hidup, tak patut kita berterusan fikir kita akan hidup. dan akan mati lambat lagi. tidur kita tu kematian. tapi ramai yang ambil mudah. kematian kecil. tak ramai yang bangun esok pagi dan ucap syukur kerana dapat hidup dan Allah bagi peluang untuk menebus dosa. Anugerah hidup lagi sehari. Harus difikirkan..  

Bila sebut hidup, patut! Sudah lebih patut kita fikirkan kehidupan yang akhirat. bukan kehidupan dunia. sebab kita dijadikan untuk akhirat. dan itulah yang abadi. yang sekarang ni sementara je. boleh bayangkan tak? hidup yang sekejap ni akan menentukan hidup kita yang selamanya! takut kan. kalau kita masih tak berubah. 

4 perkara yang kita kena mintak sebelum bagi salam, adalah perlindungan dari azab api neraka, azab kubur, ujian dunia & akhirat dan yang terakhir adalah fitnah ad-Dajjal. Kena kenali sifat dan ciri-ciri dia supaya kita takkan ikut dia nanti!

sama-samalah doakan kita selamat. akhir kata, jadilah anak yang baik. sahabat yang baik. pelajar yang baik. 

anizhdh

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment