Kesatuan Kita

by 07:47 0 comments
Assalamualaikum wbt :}


Anti-rasis.

Tiada apa yang kita boleh banggakan dengan bangsa, hanya agama saja yang boleh kita banggakan. Bukan kita nak kata, tiada apa pada Melayu, tapi Islam itu lebih utama. Memang kalau kita nak perjuangkan nasib orang Melayu saja, tambah2 di negara majmuk, itu adalah diskriminasi.

macam mana Allah jadikan kita berlainan bangsa, warna kulit itu hanya untuk kita berkenal-kenalan bukan bergaduh dan saling mendabik dada, saling berlumba untuk menentukan bangsa mana yang lebih hebat. Hanya ada satu benda yang kita boleh banggakan. dan itu adalah, "Saya seorang MUSLIM".

Itu jua perkataan yang semua orang tak kira bangsa boleh berkongsi. boleh bersatu di bawah nama Islam.

Teringat ceramah Dr. Zakir Naik, Islam is the universal brotherhood. yang memayungi kita semua supaya kita tak rasa kita lain. yang kita nak besarkan bukan perbezaan, tapi persamaan yang kita ada. baru kita boleh rasa kekitaan tuh.

Kalau orang Cina nak masuk Islam, dan ketika itu kita masih bersemangat assabiyah dan hanya ingin melindungi kepentingan bangsa, dia atau mungkin ramai lagi orang Cina tak nak masuk Islam hanya kerana mereka fikir masuk Islam tu masuk Melayu. Melayu yang akan memisahkan dia dengan keluarganya. Melayu yang pentingkan diri sendiri. Sedangkan, kita nak sebarluaskan Islam, nak berdakwah pada mereka ni semua.

Jangan kita kata nak bersatu, tapi kita tak ambil langkah untuk bersatu, kita prejudis pada orang. macam mana nak bersatu kalau kita tak dapat berlapang dada dengan perbezaan dengan orang lain. Saya ingin sekali mengajak pada rakan-rakan supaya meneliti dan mengkaji sesuatu berita sampai ke dasar, bukan hanya melihat permukaan sesuatu isu. Media kita media yang berat sebelah, jadi kalaulah kita hanya nak tengok media itu saja, memang kita tak ke mana. kita tak terbuka untuk mengetahui isu sebenar.

jadi saya cadangkan lah supaya kita mendengar dari dua belah pihak dan tidak berat sebelah. dan janganlah kita merasa kita sentiasa betul dan belajar menerima pendapat orang. Jangan takut untuk buat perubahan. Rasis adalah jahat. dan kita taknak jadi jahat. bayangkan anda seorang bukan Melayu, apa akan anda rasa kalau kita mainkan isu rasis ni? :/

Jangan lah pandang rendah pada orang lain hanya kerana warna kulit, pangkat dan kekayaan nya. Contoh kata, saya amat tak bersetuju dengan sesetengah kita yang masih ada perasaan begitu pada orang berkulit hitam. Macam Apartheid pulak rasanya. Tapi betul, kadang-kadang kita tak perasan yang kita ada rasa tak suka pada mereka. Macam kita tengok orang bangla, negro atau bangsa berkulit gelap ni, kita jadi tak suka. macam2 kita kata kat diorang. padahal diorang tak buat apa pun. dari mana datang perasaan ni?

cuba kita tanya diri kita. sampai bila kita nak rasis dalam diam? Bilal b. Rabah, sahabat mulia Nabi Allah, Muhammad SAW pun berkulit gelap. Allah takkan pandang rupa kita, tapi Allah tengok hati kita. orang yang kulit gelap yang kerja sapu sampah, lap lantai, buat rumah, mungkin dia lagi mulia dari kita. mungkin dia lagi percaya takdir dan ketentuan Allah.

Don't judge a book by it's cover. :)

back to the point? macam mana nak bersatu? ISLAM DAH AJAR!

dari solat jemaah kita, kalau kita betul2 nak pada persaudaraan, di situ terselit lebih dari hanya sekadar menyembah Ilahi. Di situ, kita diajar merendah diri, semua orang berada di taraf yang sama, semua orang hanya hamba dina pada ALLAH SWT. Di situ terbit keberkatan untuk perpaduan kita. Bahu yang bersentuhan semasa solat, mengalirkan cas-cas yang banyaaaaaaak bantu kita mendepani hari-hari mendatang.

Tak usahlah kita berasa kita bagus. takde maknanya. :P

anizhdh

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment