Rest In Peace

by 09:13 0 comments
Bismillah.

Terkedu sebenarnya.
terlalu banyak berita kematian yang didengari. sangat.

Ayah sahabatku, N.
Kakak sahabatku, H.
Makcik sahabatku, S.
3 beradik mati dibunuh di Alor Setar.
2 Jiran di kampung.

Dan hari ni, terima satu lagi.
Jiran + Teman sepermainan time kecil
Salam takziah buat kawan, Sepu dan keluarga. :(

Semalam turut meninggal, Paul Walker. Hero Fast & Furious khabarnya.
nanti google lah, confirm banyak berita tentangnya.
Leaving you with a message.

Ribuan dan ratusan meninggal di Syria, Mesir, Gaza setiap hari.
takde siapa peduli?
tapi
Ribuan dan ratusan menangisi seorang lelaki bernama Paul Walker,
sedangkan apa manfaatnya pada Islam?
dia tetap mati dalam kufur, perlu kah diucap RIP?



HUKUM UCAP REST IN PEACE (RIP) KEPADA ORANG YANG MATI DALAM KEKAFIRAN

Bila ulama dah bahas benda ni sejak beratus-ratus tahun dulu, ada plak segelintir golongan nak menghuru-harakan rakyat Malaysia dengan benda yang dah terjawab sekian lama dahulu, dengan mengatakan "boleh ucap RIP kepada orang kafir yang telah mati"

Mungkin kalau kita tahu bait penuh ucapan “Rest in Peace” atau RIP, kita tidak akan berani mengucapkannya lagi. Ucapan RIP ini kalau korang nak tau, merupakan doa Kristian Katholik kepada pengikutnya yang telah menemui ajal berbunyi “May his soul and the souls of all the departed faithful by God’s mercy rest in peace” atau ucapan asal didalam Latin "Anima eius et animae omnium fidelium defunctorum per Dei misericordiam requiescant in pace". Ucapan ini memohon kepada Tuhan agar roh simati dirahmati Tuhan. Ini dalil bahawa ia ucapan khusus kebiasaan dalam amalan bukan Islam.

Persoalannya, apakah hukum umat Islam mengucapkan takziah kepada keluarga si mati yang bukan Islam? Agama Islam membenarkan ucapan takziah kepada keluarga orang bukan Islam yang telah menemui ajal. Kita bolehlah memberi ucapan seperti “kami bersimpati dengan apa yang anda hadapi”, “Kami turut bersedih diatas kehilangan beliau”, dan sebagainya. Atau didalam bahasa Inggerisnya seperti : “May Allah compensate you in your loss” , “Sorry to hear this tragic news, my sympathies are with deceased’s family on this sorrowful moment”, dan lain-lain.

Apa yang dilarang adalah memohon Allah merahmati roh si mati sepertimana ucapan Rest In Peace. Kita dilarang memohon agar Allah mengampuni si mati yang bukan Islam. Firman Allah:

“Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli Neraka.”
[Surah at-Taubah, ayat 113]

Rahmat ni apa dia? Kasih sayang dan keampunan dari Allah. Mereka ini hidup dalam sejahtera (peace) di akhirat nanti, dengan dijanjikan syurga kepada mereka yang beriman. Adakah mereka yang kafir kepada Allah dijanjikan syurga? Jika Allah nak memasukkan orang kafir ke dalam syurga atas kehendakNya, Allah boleh buat kerana itu adalah kekuasaanNya, namun kita kena menghurai dengan apa yang kita dapat dari dalil:

“Sesungguhnya orang-orang kafir dari ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) dan orang-orang musyrik (akan masuk) neraka jahannam, mereka kekal di dalamnya. Mereka adalah seburuk-buruk makhluk”
[Surah Al-Bayyinah, ayat 6]

Jadi, mendoakan mereka sejahtera (peace), secara umumnya merujuk kepada semoga mereka sejahtera selepas mereka mati, yakni di dalam alam barzakh atau di akhirat, adalah dilarang kerana bertentangan dengan nas yang ada. Lebih-lebih lagi jika mereka mati dalam keadaan mensyirikkan Allah samada mewujudkan banyak Tuhan, konsep trinity 1 dalam 3 dan 3 dalam 1, dan sebagainya, sebagaiman dalil:

“Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia, dan Dia mengampuni dosa yang selain dari syirik itu bagi siapa yang dikehendakiNya.”
[Surah An-Nisa’, ayat 48 & 116]

Jika dikatakan bahawa orang kafir yang tidak pernah mendapat dakwah ke arah kebenaran, tidak pernah dihujjah tentang Islam, tiada sumber langsung untuk mengenali Islam, seperti orang eskimo di Antartika contonya, atau orang asli di gurun Australia, dikatakan kepada mereka semoga dia mendapat rahmat Allah, (agar dimaafkan dan dimasukkan ke syurga) ulama berkhilaf mengenai ini, kerana tidak sampai kepadanya ajaran mengenai Islam.

Adapun di zaman kini, ia sudah hampir tidak releven lagi kerana semuanya di hujung jari, orang asli di afrika pun ada komputer, ada perpustakaan yang ada al-quran, dan pastinya 98% daripada manusia di dunia pernah mendengar tentang Islam. Bagaimana kita nak bezakan orang tu pernah menerima kebenaran atau tidak? Pernah terima dakwah atau tidak? Pernah menolak Al-Quran/Islam atau tidak?

Jadi, adalah terlebih baik, dielakkan ucap sedemikian rupa. Inilah tugas puak pemecah belah, mereka sengaja wujudkan huru hara dan sengaja meng-kompius-kan umat Islam dengan benda yang orang kurang arif mengenainya, lepas tu dia ketawa tengok kita bertelagah. Jika mereka nak berhujjah atas nas, kami Ahlul Sunnah Wal Jamaah juga boleh berhujjah atas nas.

anizhdh

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment