1 Muharam

by 01:32 0 comments
Bismillah.

Hijrah mudah diungkap tapi sukar dihadam.  Tiada maknakah tahun baru kita? Hanya sekadar hari cuti am semata kah.mku lihat ramai muda mudi tanpa segan silu pada hari cuti ini, ramai yang buat benda lagha.

Oh, ini untuk teguran diri sendiri jugak. Sejujurnya, kenapa sering ingin menegur orang? Kerana Allah sudah berpesan dalam Surah al-asr, yang maksudnya terlebih kurang, "demi masa, rugilah manusia kecuali yang berpesan dengan kebenaran dan kesabaran".

Untuk hijrah diri ke arah yang lebih baik, kita perlu sedar apa salah kita. Kalau kita jenis orang yang mencari salah orang, maka kita takkan nampak mana salah kita. Sebab terlalu melihat kain baju orang sedangkan tak perasan baju sendiri dah terkoyak. #sedar. Sedar apa yang kita buat tu Allah dan Rasul tak suka.

Lepas tu, hijrah. Oh, hijrah menuntut pengorbanan. Jika kita tinggalkan keseronokan maksiat untuk Allah, percayalah usaha kita tu, Allah tengok dan nilai dan moga-moga kita sentiasaaaa dalam kasih sayang Allah.

1 Muharam ini aku menyaksikan situasi di Mesir kian membarah, Dr Morsi dibicarakan atas tuduhan yang tidak berasas dan orang yang bersalah dibiarkan bebas menghukum rakyat dan pemimpin yang sah. Ini satu jenaka dan pencerobohan legitimasi yang tidak masuk akal.

Aku juga menyaksikan saudaraku di Syria masih menderita. Mujahidin mujahidah terus bangkit, dan mengira hari bertemu syahid. Anak-anak kelaparan, dibom sesuka hati, anak sekecik adikku jua, ada yang takut dan trauma, namun ada juga yang berjiwa besar. Paling tersentuh, budak lelaki dibom sampai terburai isi perutnya, terus menyebut nama Allah. Tidak tahu apa nasibnya sekarang. Percayalah askar mereka sangat kejam, badan saudara kita berkecai di sana :(

Aku menyaksikan bumi Gaza dikepung dan semakin memburuk juga. Tidak tahu apa nasib mereka yang sebenar di sana dek keperukan maklumat akibat sekatan media. Pasti lebih teruk dari apa yang kita sangka.

Jom muhasabah.
Adakah kita ni memaksimakan peluang yang ada, kesempatan yang Allah bagi untuk kita betul-betul hijrah?
Adakah kita ni kufur nikmat?
Kita guna harta kita untuk diri kita je. Kita tak infaq, tak sedekah.
Adakah kita ni lupa pada saudara kita?
Sampai merasakan tiada apa yang berlaku.
Kenapa kita lesu?
Kenapa kita buat maksiat?
kenapa......

Jangan rasa biasa, sedarlahhh.

anizhdh

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment