Pantas

by 23:31 0 comments
Assalamualaikum wbt.

Jun 2013.  Esok 9hb genap adik Umar umur 5 tahun. Aihh dah besar dah dia. :')

umur setahun lebih. kecik2 suka mengaji.
besar. tak reti duduk diam. suka berebut dengan kakak kakak dan abang abang dia. 
semoga umar membesar mendapat tempias ciri-ciri sahabat Nabi yang terulung, Saidina Umar al-Khattab. 
selalu je panggil dia umar al-khattab. it will always be. :) aminnn.

saya sendiri lagi 2 tahun untuk menghabiskan sisa-sisa perjalanan. tahun mendatang yang akan bertambah mencabar, Allah akan permudahkan. amiin. tiadalah kita berkemampuan melainkan dengan campur tangan-Nya. adik-beradik semua dah besar-besar. cepatnya masa.

sebenarnya, mahu mengabdikan selamat berjuang lagi tiga minggu untuk kakak kesayangamm, cik ngoh. Komitedlah beberapa minggu lagi tinggal. Manfaatkan masa semaksima mungkin, meniti hari-hari terakhir bergelar mahasiswa. Pendidikan bukanlah akan berakhir di sini saja. Kita kan dah belajar sivik, pendidikan sepanjang hayat hehe. 

Jangan lupa Allah dan semua yang memudahkan perjalanan menuntut ilmu kita :')

Most importanteey, 

“Al ilmu fi sudur, laisa fi sutur.”

Mari baca satu kisah.. tentang Imam Al-Ghazali. :)
Setelah selesai merantau dari menuntut ilmu, Imam Al-Ghazali pulang dengan membawa pelbagai harta dan buku-buku yang mencatatkan segala ilmu yang beliau perolehi daripada ramai guru dan sheikh selama di perantauan.
Dalam perjalanan, Imam Al-Ghazali telah dirompak.
Imam Al-Ghazali berkata : “Ambillah semua hartaku tetapi jangan ambil buku-bukuku ini.” (segala ilmu yang dicatat dalam buku)
Hairannya, ketua perompak itu ketawa, seraya berkata : ”Ya Syeikh innamal ilmu fi sudur laisa fi sutur” (wahai Syeikh sesungguhnya ilmu itu berada dalam hati bukan pada helaian-helaian) 
Imam Al-Ghazali malu sendiri, tersentak dengan kata-kata si perompak. Semenjak kejadian itu Imam Al-Ghazali sentiasa menghafalkan ilmu yang telah beliau peroleh.
mashaAllah. :’) pengajaran buat diri. Ilmu itu letaknya dihati, bukan pada buku dalam almari !

Jangan lupa doakan saya ngah. :D


just a glimpse : malam israk mikraj, dunia ini diibaratkan orang yang terlampau tua dan bongkok. itu 1400 tahun lebih sudah. agak-agak dunia hari ni macam mana? semoga keluargaku dalam jagaan ALLAH SWT. <3

anizhdh

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment