6 Julai 2013


Harga yang perlu dibayar dengan penggulingan presiden Mursi : puas hati sekarang??

Seorang lelaki yang berketurunan petani dari delta sungai Nil, membesar dalam persekitaran agama, dan ilmu akademik duniawi, membawa lelaki ini ke tahap pencapaian akademik dan kebendaan yang cukup tinggi. Ber dekad menjadi pensyarah kejuruteraan kimia di Universiti dalam dan luar negara, Menjadi staff muslim di NASA, malah menerima gelaran Profesor, itu semua tidak membawa lelaki ini jauh dari ALLAH. beliau, Mohamed Mursi merupakan seorang haffiz al Quran, malah isteri dan 5 orang anaknya juga turut dididik menjadi hafiz al Quran.

Jun 2012, Mursi dilantik menjadi presiden Mesir. Beliau yang memilih Ikhwanul Muslimin sebagai landasan juang hidupnya, tidak pernah mencalonkan dirinya, sebaliknya dipilih oleh syura. Presiden Mursi yang meringkuk didalam Penjara sewaktu era Hosni, kini diangkat menjadi presiden sebuah negara Mesir yang disebut berkali-kali didalam Al Quran.

Presiden Mesir menyahut perlantikan ini dengan ucapan syukur dan mengimami solat hajat dan sunat syukur. Lantas berpidato umpama Khalifah Abu Bakar dan Umar. Tidak menunggu lama, beliau telah berusaha sehabis daya untuk memulihkan hubungan umara’ dan para ulama mesir yang telah lama terpisah sejak era 32 tahun Hosni. Lelaki berani ini, menolak surat ucapan tahniah dari Israel atas kemenangannya. Beliau membuktikan, beliau bukan mudah diperalat dan diboneka kan seperti patung-patung negara arab yang lain. Morsi telah membuka semula pintu sepadan Rafah antara Mesir dan Gaza, bagi memudahkan urusan penghantaran bantuan. Ini merupakan jasa terbesar beliau dan kemerdekaan terbesar rakyat Gaza dan kesenangan hakiki kepada para sukarelawan Gaza.

Morsi tidak cukup dengan itu, mengaum deras di persidangan NAM di Tehran dengan memulakan aluan ucapannya dengan memuji-muji saidina Abu Bakar dan Umar, sedangkan beliau sedang berada di negara Syiah yang sering mencerca para sahabat nabi ini. Didalam ucapannya itu, Presiden Morsi telah mengutuk sekeras kerasnya tindakan rejim Basyar keatas rakyat Syria hingga memaksa delegasi syria yang turut berada di dewan itu melangkah keluar dewan dengan rasa tidak puas hati.

Didalam negara pula, presiden Mursi berkeras untuk tetap tinggal di rumah lamannya berbanding tinggal di istana mewah presiden. Beliau memutuskan agar pegawai-pegawai tentera yang berpanas untuk mengawalnya, agar tidak perlu berkawal dan boleh mencari tempat berteduh. Ucapannya yang paling popular, “tidak mengapa, ALLAH ada untuk menjaga saya..” setelah sekian lama Mesir berada dalam cengkaman kerajaan yang pro israel, alhamdulillah kini mesir merdeka dan bakal mendirikan kerajaan khilafah yang pemimpinnya seorang protaz (profesional dan ustaz).

Namun! 3 julai 2013 merubah segala-galanya. Golongan kecil manusia bodoh di Mesir berusaha keras untuk menjatuhkannya. Tidak cukup dengan itu, pegawai tertinggi tentera juga berpaling tadah. Ini membuatkan kumpulan kecil ini menjadi garang dan besar hingga menyaksikan penggulingan kerajaan Mursi dilakukan dengan cara yang sangat biadap!

Dunia islam yang terkenal dengan bacul dan pengecut tahap langit ke tujuh, seperti biasa, mendiamkan diri. Rumah presiden ini dikepung puak khianat ini. Ancaman bertalu talu menghala kearahnya. Dan, profesor dr.Mohamed Mursi Al Hafiz ini akhirnya karier politiknya ditamatkan dengan cara yang cukup kurang ajar. Bagi Morsi, beliau tidak rugi apa-apa. 30 juzuk masih kekal didalam dadanya, profesor dan pakar kejutueraan kimia masih segar di kepalanya. siapa yang rugi dalam hal ini??

Kita!! Termasuk Malaysia. Isu mursi adalah isu dunia islam sejagat. Bukan sekadar isu dalaman mesir semata-mata. Saya sangat sedih bila melihat negara-negara islam dunia menjadi tuli dan bisu dengan pengkhianatan ini, sebaliknya hanya Turki yang menyuarakan sokongan penuh kepada Presiden Mursi. Adakah hanya turki sahaja negara islam didalam dunia ini??

Selepas ini, penempatan tenteran israel di tanah arab akan mara semula, pintu sempadan rafah yang merupakan talian hayat penduduk Gaza bakal ditutup kembali, ulama mesir akan dipinggir dan disingkir semula,rakyat Mesir akan kembali berada dalam wilayah pemerintahan diktator kekeluargaan yang tidak berperi kemanusiaan dan menjadi balaci barua yahudi.

Usah salahkan yahudi dalam hal ini, kerana sebilangan kecil manusia muslim di mesir yang bodoh dan bertindak diluar timbang rasa Iman. Mengapa 32 tahun kezaliman Hosni anda diamkan, 1 tahun perubahan Morsi anda bertindak keterlaluan? Padamlah cahaya dari bumi mesir ini, hilang satu-satunya suara lantang dari negara islam dunia.

Sejarah hanya berulang semula, Umar Abd Aziz hanya sempat memerintah dua tahun, lalu dibunuh oleh kerabat sendiri kerana khianat. Sedangkan baginda memerintah dengan cukup adil. Begitu juga Saidina Uthman, beliau dibunuh ketika usianya 86 tahun, rumahnya dikepung selama 40 hari oleh golongan pemuda islam yang bodoh, lalu beliau dikerat tangannya , dan dipancung tanpa belas kasihan oleh pedang milik islam sendiri. sejarah sekadar berulang. Disebalik kebodohan minoriti muslim ini, kita pemerhati luar tidak sudah-sudah menghentam Yahudi yang berada disebalik konspirasi ini. CUKUP!! Berhenti menunding jari kepada Yahudi, pandanglah kepada diri sendiri! ahh.. mudah benar kita ini, berlaku apa-apa kekalutan dan kecelakaan, kita berasalan, ‘ahh.. ini agenda Yahudi.’ Sedangkan yang berteriak membakar gambar Morsi, memancung saidina Uthman, dan membunuh Khalifah Umar Abd Aziz adalah mereka yang sama mengucap dua kalimah syahadah! Kalau benar pun Yahudi terlibat, apakah bodoh benar kita ini untuk mengikut mereka?? Ya.. peristiwa pembunuhan saidina Uthman menyaksikan puak Yahudi yang mengapi-apikan kemarahan. Tetapi siapa yang mara membawa pedang meragas istana dan memancung saidina Uthman?? Bukankah islam itu sendiri? Yahudi hanya bertepuk tangan. Silap-silap, Yahudi berkata didalam hati, “alamak, gua acah je.. sampai mati pemimpin mereka dibuatnya..”

Buat kita pemerhati luar, bukalah tempurung besimu, lihatlah sekitar mu kini, maka nanti aku akan bertanya, puas hati sekarang? Disaat nanti pintu sepadan rafah kembali dikunci, negara mesir kembali ditindas, aku ingin bertanya, ‘puas hati sekarang?” dan ketika islam dimain-mainkan, dihina, negara islam dizalimi, dan ketika itu OIC berlari bersembunyi dalam dasar laut, ketika itu semua mencari mana pemimpin negara islam yang berani bangun melawan? Pandang kiri, saudi menyorok dibawah meja, pandang kanan, Malaysia berlari bersembunyi dalam bilik paip bomba, dan ketika itu, aku ingin bertanya, “Puas hati sekarang?”

Musuh islam sedang berpesta, dan si bodoh-bodoh di mesir itu pun sedang bergembira, entah apa yang mereka suka. Ingat, jika Morsi hidup, ia tetap pakar kejuruteraan kimia, 30 juzuk tetap tak lekang dalam kepalanya, dan jika beliau mati pun, syurga sedang menantinya. Sekarang kita dan musuh islam sama-sama bersuka. Tunggulah.. tak lama.. nanti dunia islam akan kembali menderita. Ketika itu, aku ingin bertanya, mungkin ini yang kalian mahukan,

PUAS HATI SEKARANG??!


**************
Sabtu | 06 Julai 2013 | 12.54 tengahari

Kenyataan Pembantu Hal Ehwal Politik Presiden Mursi, Bakinam Asy-Syarqawi:-

Punca utama di sebalik rampasan kuasa yang berlaku ke atas Presiden adalah disebabkan langkah-langkah awal yang beliau ambil dalam usaha mengembalikan kedaulatan dan kesucian Kabinet Negara seperti:

1. Menghentikan khidmat 6000 hakim yang berumur melebihi 60 tahun dan turut campur tangan dalam pengurusan bajet Kementerian Kehakiman secara berlebihan untuk memberikan nafas baru terhadap badan kehakiman awam. Demi merealisasikan usaha tersebut, beliau telah memilih seramai 12000 graduan perundangan yang berkelayakan.

2. Memutuskan ke atas 5000 petugas keselamatan yang berpangkat kolonel dan penjawat atasan polis supaya dibersarakan lebih awal serta menubuhkan suruhanjaya baru di Kementerian Dalam Negeri untuk mengkaji dan menyemak semula tempoh perkhidmatan mereka.

3. Membatalkan permohonan semua pendaftar yang berisiko dalam semua bidang kenegaraan bergantung kepada keadaan semasa serta keizinan daripada Pendakwaraya yang akan bermula pada 10 Ogos 2013.

Ini merupakan peluang kepada seluruh rakyat untuk memulakan kehidupan yang baru tanpa diperalat dalam kegiatan-kegiatan samseng oleh para pimpinan negeri dan parti negara yang terlibat dengan aktiviti rasuah.

Selain itu, ia juga diantara keputusan yang bakal dilaksanakan selepas mendapat persetujuan dan tandatangan daripada Presiden.




Khabar Terkini dari Mesir

"Ramai sahabat bertanya khabar Mesir, saya tidak sempat mengulas atau melapor kerana bermacam halangan. Apapun 'game' belum berakhir. Apa sahaja perubahan boleh berlaku. 

Tugas kita berdoa pada Allah untuk saudara kita di sini. Kerana hari ini (Sabtu) genap 8 hari mereka berkampung di Medan Rabi'ah Al Adawiah dan hari ke 5 di Medan Nahdah berhadapan Universiti Qaherah (kumpulan Salafi pimpinan Sheikh Hazim Abu Ismail). 

Jumlah mereka meningkat berganda selepas tentera mengumumkan rampasan kuasa. Bahkan hari ini himpunan di lebih 20 kawasan seluruh Mesir berjumlah jutaan manusia dengan kematian mencatat 30 orang.

12 orang sahaja di Iskandariah yang ditembak dengan peluru hidup oleh samseng terpelihara.Keadaan ini amat mengejutkan perampas kuasa.

Setelah dua hari ditamatkan siaran langsung semua channel di Dataran Rubu'ah, hari ini Al Jazeera dibenar membuat liputan penuh himpunan penyokong Mursi di seluruh negara khususnya di 4 tempat di Kaherah iaitu Dataran Rabu'ah, Universiti Qaherah, Jambatan 6 Oktober dan Bangunan Pengawal Republik (bertugas mengawal Presiden selama ini).

Bahkan saya temui lebih 10 Channel lain yang menyiarkan himpunan penyokong Mursi secara langsung pada hari ini. Ia satu kepelikan setelah semua media disekat membuat liputan himpunan Pro Mursi.

Kepelikan kedua ialah kemunculan pemimpin kanan Ikhwan di pentas Medan Rubu'ah seperti Dr Muhammad Badi' (Mursyidul Am Ikhwan), Dr Isyam Rayyan (Naib Presiden FJP) dan Al Baltaji (bekas ahli Parlimen Ikhwan) dalam keadaan akhbar hari ini (jumaat) menyiarkan sekatan, tahanan dan cubaan melarikan diri ke atas pemimpin tersebut. Dr Badi' diberitakan hendak melarikan diri ke Libya dengan bantuan Ikhwan Libya. Tiba-tiba muncul berucap di Rubu'ah.

Bohonglah akhbar-akhbar tersebut.Saya tidak mahu mengulas keberangkalian yang menyeronokkan.

Tetapi seorang sahabat dari Tanta memaklumkan tadi akhbar Washington Post menyiarkan berita bertajuk, 'Rampasan Kuasa Yang Gagal' dengan sub-title 'Tentera berunding kembali dengan Mursi'.

Wallahua'lam apakah benar atau tidak berita ini. Cuma boleh saya katakan, keputusan tentera itu bukanlah suatu yang mudah untuk segera selesai krisis ini kerana jutaan penyokong Mursi tidak berganjak malah bertambah ramai menguasai dataran-dataran seluruh Mesir.

Para ulama Al Azhar juga bertambah ramai keluar menyokong Dr Mursi dalam keadaan Sheikhul Azhar bersama keputusan tentera. Apapun tugas penting kita ialah terus bermunajat kepada Allah Tuhan Yang Maha Berkuasa.


peringatan untuk kita anak-anak panah Islam

Pemuda yang ingin berjuang untuk Islam tidak akan mengabaikan Subuhnya kerana pada Subuh itu terdapat kekuatan yang menghidupkan hubungan hati kita dengan Allah.

Kekuatan sejati yang menjadi satu-satunya sumber bertahannya perjuangan dalam tempoh yang panjang. 

Jagalah Subuhmu kalau benar kamu ingin berjuang untuk ummat !






Sesungguhnya,
Aku melalui jalan-jalan yang sukar sangat,
Bukanlah aku mahukan jawatan sebesar ini,
Bukanlah aku dambakan kedudukan teratas sebuah negera,
Bukanlah impianku untuk menjadi orang pertama harapan rakyat,
Keberadaaanku adalah kerana Allah mahukan agama ini dijaga,
Kerana agama ini sahajalah penyelamat segala,
Kerana kebenaran ini sahaja yang membuka mata,
Menyedarkan hati-hati yang kebutaaan agama,
Islam ini bukanlah semata-mata luaran pakaian sahaja,
Islam ini bukanlah pada percakapan dan manis tutur kata sahaja,
Islam ini perlu bergerak seiring dengan iman,
Iman yang membuktikan segala kepatuhan agama,
Kerana dalam setiap apa pun,
Sama ada hati, percakapan, ataupun perbuatan, itulah islam bagiku,
Kaffah menyeluruh,
Kita bukan islam biasa-biasa.

Maka itu yang aku mahukan ianya berlaku dalam negara kita,
Segala macam korupsi yang ada,
Apakah dianjurkan islam?
Dengan segala hak rakyat menjadi hak milik orang-orang besar,
Adakah itu yang islam harapkan?
Orang-orang miskin di tepi jalan, semakin ramai yang menganggur, jenayah dan maksiat, berpeleseran seperti syaitan,
Apakah itu yang islam anjurkan?
Itulah yang mahu aku baiki,
Untuk semua rakyat di negara ini,
Kita ada agama yang memimpin hidup kita,
Kita ada Tuhan yang akan menilai tingkah laku kita,
Ingat hari kiamat akan muncul, dan semuanya akan dipertontonkan semula.

Aku memohon ampun atas kelewatanku,
Untuk mengurus negeri ini,
Aku mengetahui batasan aku,
Aku mengakui ketidakmampuanku pada sesuatu perkara,
Namun, ku mengharapkan, kamu membantu aku,
Bersama-sama kita bangunkan negeri ini,
Jika tidak ada sokongan kamu,
Aku tidak akan berada di sini,
Ku hanya memohonkan sabarmu,
Ku hanya memohonkan komitmenmu,
Ku hanya memohonkan bantuanmu,
Bantulah aku untuk kita bina negara ini bersama,
Kerana ianya bukan hak mutlak diriku,
Dia adalah milik kita bersama,
Tetapi keadaannya tidak demikian,
Kau malah menuduh aku bermacam-macam,
Sikapmu yang tidak sabar,
Ianya hanya merugikan kita.

Maka, aku hanya mengharapkan Allah yang satu,
Untuk membantu perjuanganku ini,
Kerana Dia bersikap tidak pernah meninggalkan hambaNya,
Maka aku hanya berpegang dengan taliNya,
Allahumma, bantulah aku Ya Allah, kerana aku membawa agamaMu,
Allahumma, sentiasalah bersama-samaku Allah, untuk memimpin negara ini,
Allahumma, kerana cukup kekuatanMu ya Allah, maka aku merasa Kau mencukupi untukku.
Bismillahi tawakkaltu 'ala Allah, la haula wa la quwwata illa billah!

Dr Morsi
Susuk tubuh itu memegang amanah yang begitu berat sekali :'(
"Saya rela darah saya ditumpahkan demi untuk menjaga negara ini dan perlembagaannya. Allah akan menjadi penjaga dan pengawas setiap yang saya lakukan. Dan saya telah membuka dan sentiasa membuka dan mengajak untuk mengadakan dialog dan perbincangan. "

Dr.Mursi! ..Allah pasti tidak akan membiarkan anda sendirian..Dia Maha Adil dan Mengetahui. Allah Mengetahui sewaktu anda dicalonkan sebagai Presiden, ia bukan kehendak dan keinginan anda tetapi anda menerima keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ikhwan atas dasar kepatuhan kepada keputusan mesyuarat. Walaupun anda mengetahui kelemahan diri tetapi ketepikan kesemuanya untuk menyelamatkan negara dan revolusi. 

Kumpulan ini pasti tidak akan disia-siakan oleh Allah kerana itu adalah janjiNya. Ratusan ribu wajah-wajah ini bukan menyokong Mursi tetapi menyokong kebenaran dan keadilan. 

Mereka memulakan pagi hari "Peperangan 30 Jun" dengan qiamullail dan munajat kepada Allah. Penyerahan sepenuhnya kepada Allah. Segala-galanya apa yang bakal berlaku hari ini semuanya diserah kepada Allah. 

**************************
boleh klik link for further info

Setelah setahun bersabar dengan karenah musuh negara dan revolusi, Presiden Mursi 'melepaskan tembakan' yang 'mengenai tepat pada setiap sasaran' dalam ucapannya yang disiar live melalui tv dan radio Mesir. 

Sejak setahun lalu saya mengikuti siri ucapan Mursi, tidak selantang dan tegas seperti semalam. Bukan sekadar menyebut nama mereka tetapi beliau mendedahkan satu persatu jenayah yang dibuat.

Berikut antara intipati ucapan beliau yang mengambil masa hampir tiga jam:

-Mursi seorang yang berjiwa besar dan merendah diri apabila mengungkapkan dua kali kemaafan kepada rakyat. Mursi meminta maaf kepada rakyatnya dengan krisis-krisis petrol dan gas yang menyusahkan kehidupan mereka manakala kedua beliau meminta maaf kepada para pemuda yang masih menganggur dan berjanji kerajaan akan terus berusaha menyediakan peluang pekerjaan.

-Beliau membidas sikap pembesar dan orang kanan rejim Mubarak dan hari ini mulai bercakap atas nama revolusi sedangkan sebelum ini mereka bersama menyokong rejim Mubarak. Dengan menyebut nama Sofwat Syarif, Zakaria Azmi, Fathi Surur dan Makram Mohammed Ahmed lalu beliau bertanya, "Adakah mereka ini bersama revolusi?"

-Menyebut nama pemilik syarikat tv seperti Mohammed Al-Amin (pemilik tv CBC) dan Ahmed Bahget (pemilik tv Dream) yang mengelak dari membayar cukai kerajaan berjumlah LE 3 billion.

-Mendedahkan perilaku Ahmed Syafiq yang kini menetap di Dubai. Mursi turut membongkar skandal yang terpalit oleh Syafiq dan meminta dia kembali semula ke Mesir untuk dihadapkan ke mahkamah. Mursi turut mendakwa Syafiq merancang menggulingkan pemerintah Mesir.

-Mengenai badan kehakiman, beliau menyebut terdapat 22 orang hakim yang mesti dihadapkan ke muka pengadilan kerana bersubahat menipu dalam pilihanraya zaman Mubarak serta mengulangi penghormatan beliau kepada badan tersebut.

-Pembangunan negara akan diteruskan dalam tiga tahun akan datang. Cuma beliau melahirkan rasa kesal kerana agenda pembangunan tersebut sering terganggu dengan kekecauan yang berlaku. Demonstrasi adalah dijamin dalam perlembagaan tetapi ia sering kali bertukar ganas.'Kejayaan' pembangkang ialah mengadakan lebih 24 kali himpunan "milyonah" sejak Ogos 2012 dan ini telah memberikan kesan yang besar kepada sektor pelancongan yang menyebabkan kemerosotan jumlah pelancong dan kebimbangan kepada para pelabur. Ditambah gambaran buruk yang dilapor oleh media-media persendirian yang dimiliki oleh orang Mubarak kepada dunia dengan laporan tidak tepat berkenaan Mesir.

-Kepada pembangkang, beliau mengulangi seruan untuk duduk semeja bagi berdialog dan berbincang. Beliau hairan kenapa pembangkang menolak semua tawaran dialog yang beliau kemukakan dan tidak menyertai walaupun sekali sebarang dialog bersama kerajaan beliau bahkan lebih memilih jalanraya. Beliau juga meminta jika pembangkang melihat kerajaan hari ini gagal maka sila raih sokongan dari rakyat untuk membentuk blok majoriti dalam Parlimen yang akan datang, maka mereka berhak membentuk kabinet bahkan berhak meminda perlembagaan negara yang dilabel sebagai "perlembagaan Ikhwan" itu.

-Kepada talibarut (fulul) Mubarak, Mursi mengingatkan mereka hanya ada dua pilihan, sama ada menjalani kehidupan baru dan semoga Allah mengampuni mereka atau berhadapan dengan penjara dengan kesalahan mereka lakukan. "Pilihlah tempat kamu wahai ahli-ahli fasad dari pemerintahan rejim".

-Semua tahanan politik di zaman Mubarak telah beliau bebaskan dan tiada lagi walaupun seorang dalam penjara Mesir yang dinamakan "tahanan politik"

***************************

puak sekular di mana berada pun akan jadi kejam. menyerang tak tentu pasal. membunuh tak kira orang. merosakkan tak kira apa. semoga cepat2 taubat. diorang ni dah serang HQ ikhwan, bunuh orang, buat kekacauan. sungguh marilah kita doakan mesir!


" mintak maaf kawan..hari ini bukan waktu gurau...Islam nak dijatuhkan..nyawa muslimin berguguran ibarat tiada nilai..saudara kita di Mesir yang cintakan keamanan menangis mengadap tuhan...adakah kita sanggup bergelak ketawa hanya kerana kita bukan rakyat Mesir "
banyak copypaste, mahu merakamkan memori mesir 30 jun.

Assalamualaikum wbt. writing for the night. 30/6 night.
#my desktop background, heart breaking everytime

terjumpa fb seseorang yang membuahkan rasa kagum dan iri hati atas gigihnya beliau mencari ilmu, mendapat ajaran langsung dari murabbi, mursyid, ulamak-ulamak. 

antara yang menarik perhatian :
Satu malam , saya dengan beberapa teman dipanggil unutk berkumpul oleh Ustaz. Beliau mahu memberi wasiat dan pesanan kerana keesokan hari beliau kan pulang ke tempat pengajin beliau di Dar al-Mustafa, Yaman. Penuh debaran malam tu. Antara pesanan dari 5 pesanan, saya cuma mahu tekan di sini ialah tempat belajar. 
Menurut beliau ; Guru kami Habib Ali Zainul Abidin Abd Rahman al-Jufri memberi nasihat ; antara faktor keberkatan dalam menuntut ilmu adalah seseorang itu rasa bangga dan pandang tinggi dengan tempat pengajiannya. Selalu kita dengar perbualan ; Kamu beljar mana sekarang ? .. Jwbnya , saya belajar di univ biasa ja (segan bukan tawadhuk) .

Saya kecewa dan saya selalu cuba memperbetulkan persepsi sebahagian teman . Ada teman yang kadang2 bila berlaku bebrapa masalah selalu kita menghala segala tuduhan ; Universiti ja Islam tapi teruk. Napa Universiti ? Universiti lemah ? Kenapa pulak universiti yang lemah. Sebenarnya kamu yang lemah . Tidak mampu memahami peranan dan keberadaan kamu di institusi pengajian dalam gedung ilmu. Pondok ka universiti ka kolej ka or whatever . Kamu perlu merasai sebahagian untuk membawa misi dan visi melahirkan Ulul albab.
kita jangan salahkan tempat dan situasi kita. & di situ kita jadikan diri soleh wa musleh.
I am proud to be part of UiTM!