OUMMUS SUURI, 
Namanya AHLAM AL-A'INI dari Homs.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=732439283448841&set=a.732439270115509.1073741947.100000483289353&type=1&ref=nf

Biasanya pasangan pengantin baru akan melalui hari-harinya dengan penuh keindahan dan kesenangan dan tidak kurangnya ada di antara mereka yang pergi ke tempat pelancongan untuk berbulan madu.

Detik ini tidak berlaku bagi pengantin baru di Syria. Tidak ada kata bersantai-santai atau bercumbu mesra seharian dengan pasangan tetapi si isteri perlu menyediakan peralatan perang untuk suaminya. Inilah kisah yang akan diceritakan diceritakan oleh Fathi At-Tamimi, seorang sukarelawan Syria yang ketika ini berada di Turki dalam status Facebooknya ogos lalu.

Dia menceritakan, seorang perempuan berumur 20 tahun penghafal Al-Quran itu dengan berlinang air mata menjahit sendiri baju tempur suaminya yang baru dinikahi dua minggu apabila pertempuran pertama telah memanggil para pejuang membela agama. Pada malam pula diisi satu doa dibaca berulang-ulang apabila bersujud panjang.

"Apabila suamiku adalah milik para Bidadari Mu, Jangan kembalikan ia padaku,

Bariskan sebanyak mungkin mereka di pintu langit untuk menjemputnya.

Tapi bila berjodoh panjang, Jangan Engkau biarkan sebuah lubangpun pada pakaian ini.

Aku akan bergembira apapun keputusan Mu

Dan jadikanlah ia pendampingku di dunia dan di syurga. "

Si suami yang mendengar doa tersebut lalu bertempur bagai singa yang luka. Tiga kereta kebal rejim syiah Assas dirosakkan sendiri. Dia berada di barisan paling hadapan dan kembali dari medan perang yang paling belakang. Belum pernah dirinya dilihat musuh. Lagenda diantara kawan lawan, dibakar doa dan kepasrahan isteri tercinta.

Disaat yang sama, isterinya bekerja keras membantu mangsa-mangsa perang, menghibur mereka, menyediakan pakaian, makanan serta tempat tinggal. Merawat luka, mendoakan para pejuang dan menjadi pemimpin kumpulan sukarelawan terdiri dari keluarga mujahidin atau yang ditinggalkan.

Ketika Bidadari Syurga menjemput suaminya di pintu langit, Para komander kumpulan seluruh Syria bahkan yang berada di lokasi gunung-ganang datang menghantar berita.

"Suamimu, Abu Umar, Adalah pahlawan dan kebanggaan kami, Semoga akan ada banyak yang lain di negeri ini."

Ketika ramai orang kaya di negara-negara Arab mendengar kisah beliau, Mereka berlumba melamarnya. Tapi beliau enggan dan membaktikan hidupnya demi rakyat. Berjanji tidak akan berkahwin lagi hingga Syria bebas daripada rejim Syiah.

Nama perempuan mula tersebar. Menjadi contoh ketabahan gadis-gadis lain dan sekarang digelar Oummus Suuri, Ibunya Syria. Namanya Ahlam Al-A'ini dari Homs.

Kisah ini diceritakan oleh salah seorang mangsa korban dalam perang yang sempat dirawat oleh beliau di Homs dan sekarang berada di kem-kem pelarian di Turki.
Diterjemahkan dari sumber islampos.com
kredit : Detik Islam
Assalamualaikum.

ibaratnya kalau lah semua benda mengikut apa yang kita nak, perfect, or at least sikit lagi nak perfect, no worries, everything's going on the right track, normally what will happen to us?

we'll probably lose our hold to Allah. If life was too good to us, does we still hope and longing for Allah's help?

The hardships function to detach ourselves from the dunya.

throw away the 'makan hati' part in your life. cheer up. stand up and head for another lively day.

Allah kan ada :)

Si gadis baru berumur 17 tahun tapi hatinya penuh dengan semarak perjuangan.
umur yang masih belasan tahun tapi namanya mekar sebagai orang yang berbuat apa sahaja dan memberi erti pada hidup ini butuh sesuatu dan itu bukan hanya keseronokan yang sering kita fikirkan dalam hidup ini.
betul, hidup ini sangat singkat.
apatah lagi Asmaa dipanggil Allah pada usia muda, di atas jalan syuhada'
beruntunglah bidadari syurga.
amanlah engkau di sana :')
adik.

[Asmaa el-Beltagi, Syuhada Mesir]

Gadis pintar berumur 17 tahun ini mempunyai masa depan yang cerah, namun akibat tindakan kejam tentera Mesir dia tidak sempat merealisasikan cita-citanya.

Asmaa el-Beltagi, anak perempuan tunggal kepada Setiausaha Agung Gerakan Ikhwanul Muslimin, Mohammed Beltagi adalah salah seorang daripada 525 yang syahid selepas pihak berkuasa kerajaan sementara bertindak menyerbu dua kem penunjuk perasaan di ibu negara, 14 Ogos lalu.

Sebelum insiden dia ditembak, remaja berjiwa kental itu sempat melaungkan kata-kata semangat: Jangan berganjak! Kemenangan akan berpihak kepada kita tidak lama lagi. Jangan biarkan tentera menamatkan revolusi ini!

Ketika tentera melancarkan operasi mengusir kumpulan penyokong bekas Presiden digulingkan, Mohammed Mursi, Asmaa bersama ibunya sedang membantu mangsa cedera yang ditempatkan berhampiran khemah di Dataran Rabaa al-Adawiya.

Walaupun masih berumur belasan tahun, perwatakan dan sikapnya mencerminkan tingkah lakunya sebagai gadis yang matang. Asmaa tidak gentar dengan ancaman tentera, dia meneruskan usaha membantu saudaranya yang cedera hingga akhirnya remaja itu rebah berhampiran podium di dataran tersebut selepas ditembak pada bahagian dada dan belakangnya.

Menurut abangnya, Asmaa meninggal dunia kerana tidak dapat menjalani pemindahan darah akibat kecederaan yang dialaminya. Impiannya untuk melanjutkan pengajian di sekolah perubatan dan menyertai aktiviti bantuan global terpaksa berkubur.

Asmaa juga pernah bercita-cita untuk menyertai misi kemanusiaan, Freedom Flotilla dengan menaiki Mavi Marmara bersama bapanya. Teman baiknya, Ethar Yousef menyatakan Asmaa menjadi insan bertanggungjawab yang meniup semangatnya untuk menyertai tunjuk perasaan aman membantah rampasan kuasa oleh tentera.

"Dia percaya, rakyat akan kembali menderita jika tentera kembali memerintah negara itu," katanya.

Asmaa juga aktif menyertai beberapa siri protes yang dianjurkan di negara tersebut sejak revolusi kebangkitan rakyat pada 2011. Pada 3 Julai, Asmaa nekad untuk terus berada di Dataran Rabaa al-Adawiya selepas Jeneral Abdel Fattah al-Sisi mengumumkan rampasan kuasa yang menggulingkan Mursi.

Gadis itu sentiasa memegang al-Quran dan berada di sisi bapanya untuk memberi sokongan moral. Sejam sebelum insiden menyayat hati itu, Asmaa dilihat bertungkus-lumas mengutip batu-bata yang digunakan oleh saudaranya untuk membina sekatan di dataran tersebut.

Bagaimanapun, penyusunan semula tugas yang dibuat oleh penganjur rupa-rupanya telah menjadi perjuangan terakhirnya. Asmaa juga sempat mengemas kini status terakhir di dalam Facebooknya: "Mereka membunuh kita di saat kita sedang rukuk dan sujud, Berdoalah wahai hamba ALLAH, semoga akan datang pasukan sokongan seperti ombak di lautan,"
Selain itu, mesej terakhirnya menerusi Twitter juga memaparkan: "YA ALLAH, kami tiada sesiapa melainkan-Mu, YA ALLAH,"

Bagi memperingati perjuangan Asmaa, beberapa teman baiknya telah melancarkan akaun khusus di laman sosial termasuk simbol R4BIA yang didedikasikan khas oleh aktivis Turki untuk ikon revolusi itu.


Buat anak kesayanganku, Asma el-Beltagy,

Ayah tidak mengucapkan selamat tinggal kepadamu kerana esok kita akan bertemu lagi.
Kau telah mengabdikan hidupmu untuk menentang kezaliman bagi membina semula negara ini.
Ayah tidak mendapat masa yang cukup untuk dihabiskan bersamamu terutamanya ketika ayah tidak dibenarkan untuk menemanimu.
Kali terakhir kita duduk bersama di Dataran Rabaa Al Adawiya, kau pernah bertanya, "Walaupun ayah bersama kami, ayah tetap sibuk," dan ayah menjawab 'Hidup ini terlalu singkat untuk dinikmati.

Jadi, ayah berdoa kepada ALLAH semoga kita akan dapat menikmati hidup bersama di syurga,"
Dua hari sebelum kau dibunuh, ayah bermimpi melihat kau memakai baju pengantin berwarna putih yang menyerlahkan lagi kecantikanmu.
Ketika itu, ayah bertanya, "Adakah ini malam perkahwinanmu?" kau menjawab, "Tidak ayah, ia akan 'dilangsungkan' pada waktu tengah hari."
Selepas ayah menerima berita bahawa kau terkorban pada tengah hari (14 Ogos), barulah ayah mengerti maksud mimpi tersebut.

Kematianmu sebagai syuhada telah mengukuhkan lagi kepercayaan ayah bahawa kita berada di pihak yang benar.
Wahai anakku, hingga kini, ayah berasa amat sedih kerana tidak dapat melihat kau buat kali terakhir; tidak dapat mengucup dahimu dan tidak dapat mengimamkan solat jenazahmu.
Demi ALLAH, ayah tidak hadir bukan kerana takut dengan ancaman sekeliling tetapi ayah telah berikrar untuk meneruskan dan menamatkan perjuangan kita.

Akhir kata, wahai puteri kesayanganku,
Ayah tetap tidak akan mengucapkan selamat tinggal kerana kita mungkin akan bertemu lagi di syurga dan ayah berharap doa ini akan dimakbulkan ALLAH SWT, Insya-ALLAH.

Ayahmu, Mohammed Beltagi

Sumber : Sinar Harian
#mesirkini
#R4BIA
tak semua orang bermula dengan baik, tapi kita nak berakhir dengan baik.

ramadhan ni, kalau yang masuk ramadhan baru nak 'warming up', yg tak berapa bersedia untuk menyambut ramadhan, tak bermula dengan baik. jika dibanding dengan orang yg dah memang betul-betul 'prepare' untuk sambut ramadhan.

tapi belum terlambat. ada lagi 4 5 hari sebelum tetamu istimewa ini beredar. pasti rindu akan ketenangannya, pengimarahan masjidnya, kesopanan orangnya di bulan ini, kuih-kuih (hehe), sahur, buka puasa, dan rahmat Allah yang melimpahkan keberkatan dalam bulan ini. :")

belum terlambat. walaupun tak bermula dengan baik, mari cuba untuk pengakhiran yang baik.

# malam ni check result. semoga redha. harap ilmu sem ni kukuh dalam ingatan.
#malam tadi buka puasa : ateh+acik+kakak & 3 teruna anok kelate. :)
#petang esok kak long balik dan akan mencukupkan korum. :D

nak tambah. sahur bukan untuk kita mengenyangkan diri supaya kita boleh bertahan sampai bukak puasa. tapi ianya latihan oleh Allah untuk kita mudah bangun, tahajud ke, sampai awal di masjid, subuh awal. emm, banyak yang tersirat tapi kita nampak yg tersurat je.
"Jodoh: Dipilih atau Memilih?" 
Bersama Salim A Fillah
~Sebuah Ringkasan~
Pertama
Satu hal yang seringkali dilupakan oleh banyak wanita adalah bahwa kemuliaan wanita tidak bergantung pada laki-laki yang mendampinginya.
Tahu darimana? Allah meletakkan nama dua wanita mulia dalam Al Quran, Maryam dan Asiyah. Kita tahu, Maryam adalah wanita suci yang tidak memiliki suami, dan Asiyah adalah istri dari manusia yang sangat durhaka, Firaun. Apakah status itu mengurangi kemuliaan mereka? No!

Itulah mengapa, bagi wanita di zaman Rasulullah dulu, yang terpenting bukan mendapat jodoh di dunia atau tidak, melainkan bagaimana memperoleh kemuliaan di sisi Allah.
Kedua
Bicara jodoh adalah bicara tentang hal yang jauh: akhirat, surga, ridha Allah, bukan semata-mata dunia.

Ketiga
Jodoh itu sudah tertulis. Tidak akan tertukar. Yang kemudian menjadi ujian bagi kita adalah bagaimana cara menjemputnya. Beda cara, beda rasa. Dan tentu saja, beda keberkahannya.

Keempat
Dalam hal rezeki, urusan kita adalah bekerja. Soal Allah mau meletakkan rezeki itu dimana, itu terserah Allah. Begitupun jodoh, urusan kita adalah ikhtiar. Soal Allah mau mempertemukan dimana, itu terserah Allah.

Kelima
Cara Allah memberi jodoh tergantung cara kita menjemputnya. Satu hal yang Allah janjikan, bahwa yang baik untuk yang baik. Maka, mengupayakan kebaikan diri adalah hal utama dalam ikhtiar menjemput jodoh.

Keenam
Dalam urusan jodoh, ta’aruf adalah proses seumur hidup. Rumus terpenting: jangan berekspektasi berlebihan dan jangan merasa sudah sangat mengenal sehingga berhak menafsirkan perilaku pasangan.

Ketujuh
Salah satu cara efektif mengenali calon pasangan yang baik adalah melihat interaksinya dengan empat pihak, yakni Allah, ibunya, teman sebayanya, dan anak-anak.

Kedelapan
Seperti apa bentuk ikhtiar wanita?
1. Meminta kepada walinya, sebab merekalah yang punya kewajiban menikahkan.
2. Meminta bantuan perantara, misal guru, teman, dll. Tapi pastikan perantara ini tidak memiliki kepentingan tertentu yang menyebabkannya tidak objektif.
3. Menawarkan diri secara langsung. Hal ini tidak dilarang oleh syariat. Bisa dilakukan dengan menemuinya langsung atau melalui surat dengan tulisan tangan. Konsekuensi satu: Ditolak. Tapi itu lebih baik daripada digantung.

Kesembilan
Bagaimana jika ada pria yang datang pada wanita, menyatakan rasa suka, tapi meminta ditunggu dua atau tiga tahun lagi? Perlukah menunggu?
Sabar itu memang tidak ada batasnya. Tapi ada banyak pilihan sabar. Silakan pilih. Mau sabar menunggu, atau sabar dalam merelakannya. Satu hal yang pasti, tidak ada jaminan dua tiga tahun lagi dia masih hidup. Pun tidak ada jaminan kita bisa menuntut jika dia melanggar janjinya, kecuali dia mau menuliskan janjinya dengan tinta hitam diatas kertas putih bermaterai.

Kesepuluh
Bagaimana jika ada pria yang jauh dari gambaran ideal seorang pangeran tapi shalih datang melamar? Bolehkah ditolak?
Tanyakan pada hatimu: Mana diantara semua faktor itu yang paling mungkin membawamu dan keluargamu ke syurga?

Sekian. Semoga bermanfaat. :)  -copied-

####################

tak perlu pening kepala pikir hal jodoh. ia akan datang seiring dengan berjalannya waktu. tidaklah sampai berhenti mencari, tapi tidak payah terlalu mendesak jiwa dengan perkara macam ni.-just my thought-

setiap orang ada ciri-ciri yang mereka mahu pada bakal teman hidup-ingat ni-awak akan dapat apa yang terbaik daripada Allah SWT. awak akan dapat apa yang terbaik untuk awak. <3. jadi tak kisahlah orang tu penuhi ciri itu atau tidak, yg penting macam mana kita 'cope' dengan pasangan kita.

mintak doa banyak2. keajaiban hanya datang daripada Allah.

macam mana nak kenal pasangan kita? kita kena tengok adakah pemikiran kita dan dia tu sama. biasanya, kita akan tengok cara pemikiran tu dari penulisan dan gaya reaksi nya pada sesuatu perkara, isu semasa atau pandangan. sebab pasangan yang sama-sama ada tujuan dan pemikiran yang sama dalam melayari rumah tangga baru akan bersefahaman dan tahu hala tuju. :3